skip to main |
skip to sidebar
* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.
* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...
* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!
credit to: GELIHATI
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang nyawa.
Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan
air mata keluar dari matanya.
Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.
"Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu,
teman baikmu, dan ibumu."
"Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..."
CISSS. KAHKAH. PADAN MUKA!!
TEL AVIV: Israel menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kes bunuh diri di kalangan anggota tenteranya selepas berlaku peningkatan ketara sejak awal tahun ini.
Akhbar Ynet melaporkan, seramai 19 tentera membunuh diri setakat ini berbanding 21 orang sepanjang tahun lalu.
Akhbar itu berkata, peningkatan itu berlaku ketika tentera mengambil pelbagai langkah bagi mengekang kes bunuh diri.
Pada 2000, sebanyak 30 kes bunuh diri direkodkan, manakala 35 kes serupa dilaporkan pada 2005.
Bagi mengekang kejadian itu, tentera melancarkan program latihan bagi membantu pegawainya mengesan kemurungan psikologi serius dalam pasukan berkenaan. Melalui program itu, jumlah tentera yang dibenarkan membawa pulang senjata api ke rumah berjaya dikurangkan. - Agensi
Pendapat aku: ini adalah berkat doa umat Islam mungkin. Allah berikan mereka tekanan yang tak dapat ditanggung sehingga mereka buat keputusan untuk bunuh diri. semakin berkurang bilangan tentera mereka ni, insyaAllah satu hari Palestin akan aman. teruskan berdoa. ;))
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik."
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...
CISSSSSSSSSSSSSSSSSSS YARKHHHHHHH!
Selamat malam rabu hari selasa. ish ish ish. hari ni ku rasakan kelainan. sangat tenang la harini. korang rasa tak? hmm. masa doa lepas solat maghrib tadi, aku nangis. atas sebab segalanya.
lepas nangis tu, aku termenung. teringat zaman jahiliah dulu-dulu. ya. aku akui, dulu aku jahat. jahat sangat!! boleh dikatakan perempuan tak guna. aku rasakan aku tak berguna untuk sesiapa dah!
sampai satu saat tu, mak abah aku jemput aku balik. bawa aku ke pangkal jalan. simpan aku. kurung aku dalam rumah. masa tu, jiwa aku memberontak. memang taknak duk rumah lagi. nak keluar.
tapi aku memang kalah dengan abah. dia pandai syko aku. hari-hari dia cakap baik-baik dengan aku. sampaikan aku sedar sendiri. lama kelamaan, baru diorang berani nak lepaskan aku keluar sendirian.
dan sesungguhnya, aku dapat rasakan, aku boleh berubah. aku boleh cerahkan masa depan aku semula. masa mula-mula, memang aku rasakan nak bunuh diri! sebab aku rasa aku ni da tak berguna.
tapi, lama-lama aku sedar. tiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. aku redha dengan apa yang jadi dulu. aku bersyukur sangat-sangat mak abah jemput aku balik. walau keadaan masa tu sungguh memalukan.
kalo diorang tak amik kisah tentang aku, aku tawu aku mesti da rosak habis-habisan sekarang. syukur sangat-sangat! cukupla dengan apa yang da jadi dulu. aku tatawu kenapa. sejak habis skola, aku jadi makin jahat.
faktor kawan? kawan aku baik-baik. entahlah. aku pun tatawu. hanya Dia yang tahu kenapa perjalanan hidup aku jadi macam ni sekali. da 2 tahun aku tinggalkan semuanya. aku da hampir lupakan segalanya. cuma tadi, teringat kembali.
SANGKEKASIH ada bagi sokongan. bagi aku kekuatan. aku sedar aku masih ada keluarga yang cukup sayangkan aku. kawan-kawan yang masih ingatkan aku. hmmm. apa lagi yang aku nak kan? cukup lah semua ni.
p/s: pergilah kau silam yang hitam, marilah kau masa depan yang cerah!