▷▷20100607

Paklong & Makngah, harini kalian tinggalkan kami utk selamanya

Berikutan kisah PAKLONG aku yang sakit hari tu. baru je dapat berita, beliau sudah pun meninggal dunia. 


pukul 4 pagi, pagi tadi, MAKNGAH aku meninggal. petang pulak, PAKLONG aku. benarlah tanda-tanda kematian yang aku cakap tu.


hujung hidung layu pada muka PAKLONG aku, dan hujung ibu jari kaki MAKNGAH aku da layu tak terjongkit lagi.




3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



semoga kalian ditempatkan orang-orang yang beriman. :'((


AL-FATIHAH..



Pemergian Makngah, kami redha..

Salam Isnin buat kawan-kawan blogger dan silent reader sekalian. hmmm, aku nak maklumkan berikutan MAKNGAH aku yang dimasukkan ke ICU beberapa hari yang lepas.


Tepat jam 4 pagi, pagi tadi, MAKNGAH aku telah menghembuskan nafas terakhir. arwah memang da tenat sangat. aku tak dapat tengok. cuma anak-anak arwah yang berada di sisinya.


AL-FATIHAH buat ALLAHYARHAMAH TOMAH BINTI HJ TOHIR. moga makngah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. pemergianmu kami redha. damailah engkau di sana. AL-FATIHAH..


:'(((