2. Stanislawa Walasiewicz dari Poland memenangi acara lumba lari 100 meter di Sukan Olimpik 1932 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi atlet wanita pertama yang melepasi had masa 12 saat.
3. Penduduk Arab Saudi adalah pengguna minyak wangi terbanyak di dunia per kapita, iaitu sekitar 0.95 liter bagi setiap orang, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
4. Sehinggalah tahun 1950-an, orang-orang Tibet membawa mayat mereka ke bukit, memotong-motongnya hingga kecil dan memberikannya kepada burung-burung sebagai makanan.
5. Lintah pertama kali digunakan dalam pengubatan sekitar 2,500 tahun yang lalu. Air liur lintah mengandungi zat yang mencegah pengentalan darah manusia.
6. Seekor ulat sutera mampu memintal benang sutera hampir 2 kilometer panjangnya.
7. Rata-rata setiap warga Amerika menggunakan 53.07kg kentang, 52.63kg daging, 46.36kg sayur-sayuran segar, 32.29kg buah-buahan segar dan 286 biji telur per tahun.
8. Burung hantu adalah satu-satunya burung yang menurunkan kelopak mata bahagian atasnya untuk berkedip. Burung-burung yang lain mengangkat kelopak mata di bahagian bawah.
9. Seekor gajah dapat menghabiskan sekitar 227kg rumput dan 227 liter air dalam sehari.
10. Sebahagian besar kemalangan yang berlaku dalam lumba basikal menyebabkan kecederaan di kepala. Perkara ini boleh dicegah apabila pelumba basikal tersebut memakai topi keselamatan.
11. Sebagai sutradara atau pengarah, Clint Eastwood tidak menggemari cahaya yang terlalu banyak, yang dianggap beliau seperti televisyen. Ia lebih menggemari efek filem noir, khususnya dalam filem-filem thrillernya.
p/s: SELAMAT BERKONGSI!