▷▷20121029

Fuhh rindu siot nak update


Assalamualaikummmmmm..

Aiyakkk. bole post entry lagi ke ni?? haha. bukan pe. ada kat 5 tahun gak la aku tak ngepost kan? bukan pe, sblm ni eksaited kan update guna ipad. tulah belagak lagi. dulu senarnya aku paling tak suka menaip guna touchscreen ni. bila dapat ipad, aku eksaited la nak menaip guna ipad tu. sampaikan nak update blog pun eksaited semacam.

tapi lama2 makin malas. hihihihi. kesian incik laptop. terbiar begitu sahaja. padahal dulu2 dialah peneman sejati aku. movie segala. alahaiiii rindu bangat sama laptop. haa ni ngah update guna laptop ler. antara mende yang paling aku suka ialah menaip. guna keyboard yang senyap adalah bukan minat aku. sbb aku takleh dengar bunyi keyboardnye. hehehehe

Macam mana dengan keje aku? Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. semakin serasi nampak gayanya. bulan sembilan ritu, aku pergi kursus induksi. kursus yang wajib untuk semua kakitangan awam yang baru. seronok sangat. dapat kawan baru. masa mula2 nak pergi mcm tak syok. bila dah balik, rasa nak pergi kursus lagi. hehehehe

pastu awal bulan sepuluh lak, aku pergi exam SPA lak. exam ni pulak untuk pengesahan jawatan la. exam ni boleh bawak buku. tapi disebabkan aku takde bukunya, aku pun menghafal la segala isi yang patut dibaca. alhamdulillah, senanglah bagi aku. tatau la keputusannya kan. keputusan belum keluar lagi.

apa lagi ek. haa ni dah nak cuti akhir tahun. mcm2 hal sebenarnya berlaku antara kami2 pembantu makmal ni. tapi kali ni tersangkut sikit sebab guru panitia sains kitorang, suami dia sakit. so hal tu terpaksa ditangguhkan kot. aku pun bukan suka sangat tukar makmal lain. dengan tukar orang yg duk sama dengan aku tu. tapi takpe, aku terima aje apa yg berlaku akan datang. hehehehe. haaaa sekolah aku dah dapat pengetua baru. pengetua tu aku kenal jugak la sebab dia pernah jadi cikgu kat sekolah lama aku.

orang kata pengetua tu baikkkkkkkk sangat. kita tengok la sejauh mana baiknya pengetua tu. hehehehe. okelah itu aje kot. kalo rajin, aku update lagi ek. babai.


▷▷20120812

Kisah sebulan tak update.

Alhamdulillah. harini da masuk 23 hari kite umat Islam berpuasa. semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat kalian.

Masuk bulan 8 ni jugak, masuklah bulan kedua aku bekerja di sekolah menengah tersebut. dan untuk pengetahuan, aku dah hampir sebulan menduduki rumah sewa yg aku ceritakan di entry yg lepas.

Walaupun aku hanya sewa bilik, tp satu rumah jugaklah boleh digunakan. satu rumah tu, ada peti sejuk, tv, sofa, mesin basuh, tapi tu semua hak org yg dah lama menyewa kat situ. dia org india la. seorang cikgu.

Tinggal kat situ satu je yg beshnya. bole bangun lambat, dan pegi keje dlm keadaan rileks. takde berkejo2. minyak kita jimat gila babi. Rm10 tahan seminggu. itu SAHAJA kelebihannya. yg lain, HAMPEH!

bosan, takde teman borak. faiz? banyak gado dari baik. baik takyah berborak. buat menyakitkan hati aje, time susah tau lak cari aku. ayat mcm pijak semut tak mampos. time senang layan aku cm sampah. bila nak tgk tv lak, aku segan, kena tunggu cikgu melayu tu tgk tv dulu baru aku join. kalo tak, melangok la aku dalam bilik. bosan bodoh!

Sbb tu la minggu ni aku buat keputusan nak berulang je dari rumah kg. seminggu je lagi. pastu dah raya, bole rest je kt rumah. bagi aku, duk umah lagi besh sbb ade teman berborak. kena mrh pn, atleast ade komunikasi. dari takdo apo2. seyes bosan weh. bosan sbb yg tinggal serumah ni mcm haprak perangai, paria mmg cmni kan? oke lah.

nak ucap selamat berpuasa dah terlambat. so takdela awal sgt utk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. :)




▷▷20120713

bilik sewa

Assalamualaikum.

Hemmm. sebenarnya aku nak gtau ringkas aje. pasal bilik sewa yg lepas tu, tak jadi pun. sbb tuan rumah tu kata,dia taknak sewakan bilik buat masa ni, pelik gila aku.sbb bukan takde orang menyewa pun.tapi takpa, takde rezeki aku kan.

Tapi aku dah dapat pun bilik sewa lain. kecit je. rm100 sebulan. okela dari takde buat sementara ni. okela itu aje. babai.


▷▷20120712

Bilik sewa by Embun

Assalamualaikum. huh,hari yg sangat memenatkan sejak akhir-akhir ni. bukan pe, bila duk jauh ni, nak pegi tempat keje, makan duit yg banyak kan. sejam gak la perjalanan ke tempat kerja.

So, tadi akhirnya aku terbukak notification kt fb, membe aku yg si embun tu, komen pasal yg aku mengadu tak dpt2 rumah sewa atau bilik sewa. kan aku da cakap, dia memang suka tolong kawan2 dia. dulu dia tolong aku cari keje. skang cari umah sewa. dia siap bagi info lengkap2.

Jadi tadi aku pegi usha umah tu. beso gak la, dua tingkat. tempat parking keta pun cantik. dapo lengkap dengan kelengkapan masak dan peti sejuk. bilik pulak, dia tunjuk masterbedroom je. master kan, beso ler. siap katil queen size, tilam 8inci, meja solek, almari baju, almari apa tah lagi satu, bilik air pun luas. tapi, sebulan rm200!

Tapi dekat gila dengan skola. dalam 5 minit sampai dah. so minyak pun dah jimat. budak yg sewa sama tu, suka masak je kat rumah, bukan jenis yg makan kt luar. hah! itu dah kira bagus gila! jimat lagi!! ni tinggal nak tanya tuan rumah aje. boleh kurangkan ke tak. kalo tak boleh, takpela. tinggal tanya mak abah aku jela kan. mintak2 diorang setuju la. nampaknya balik rumah ni, aku kena kira bajet balik la kan. samada berkurang atau bertambah baki sebulan gaji. hehehe, okela itu aje aku nak cite. babai.


▷▷20120711

Papa Mama!! Bluekkkkk

Assalamualaikum.. Da bape hari aku tak update kan? lately ni banyak eksperimen kat makmal ni, dengan mcm2 urusan lagi, tu yg bizi sikit. oke pagi tadi aku bukak facebook, aku nampak satu status mengatakan, bila dah ada anak baru dia dapat title MUMMY DADDY PAPA MAMA tu sume. cemburu lak dengan budak2 yang belom nikah apa sume tp panggil papa mama bagai.

Bila terbaca status beliau tu, terus aku teringat beberapa makhluk ni la. kapel kemain. dulu lagi ramai, papa mama, ibu ayah, oh pelissssss. mcm u olls ni dah ada anak gayanya kan? kalo laki bini tu lain weh. sbb dorang nak bagi anak dorg ikot panggilan tu maybe. byk reason la kan. yg paling penting, dorang da ada ikatan yg sah!

Yang aku tengok panggil mcm ni kebanyakannya budak sekolah. serius, mase dalam form 5 cenggitu, aku dulu kasar sikit. so, panggilan sopan melampau ni, bukan taste aku. ditakdirkan lah ada pasangan yg aku meluat manje bebenau ni, boleh gelar diri masing2 mama papa, terus aku meluat bertambah2 la kan. di tambah lagi zaman skang byk budak2 sekola yg gelar cmtu, laaaaaaaagilah kuat meluat aku.

Aku kalau dak skolah, yg bercinta sakan ni, mama papa bagai, siap ngaku wife la apa la, kalo aku ternampak kat status fb tu, memang tu tu jugak aku sound direct, aku ckp kemain miang gatai meghela, belom kawen, beringus lagi, spender pn mak belikan lagi, nak ngaku wife apa sume, spm pun tak pas ag. hadoi! sory to say la, budak2 ni kalo nak up pn, beragak sikit up tu. jgn tinggi sgt, geli! okelah, itu aje aku nak cite. babaiiiii


▷▷20120704

"Zaman Sekarang"

Bismiallahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Kemain lagi aku kan? asik update aje. orang asik kata, aku ngulor, tak buat keje. masalahnya, aku ni bekerja dengan budak2. jadi bila budak dah balik, aku dah takde keje. tinggal nak tunggu waktu balik aje. tadi masa duk lepak2 dengan senior dan cikgu cikgi, dorang ade bercerita serba sedikit pasal student skola ni.

makin rosak katanya. bukan apa, sedang pregnant. baru tingkatan 4. dan kata cikgu tu lagi, kali ni da yg ketiga kalinya. 2x dia gugurkan. astaghfirullah. apa nak jadi dengan semua org zaman sekarang? muda2 dah rosakkan diri. mcm takde agama je gayanya. hmmmm.

yang aku nak ceritakan semuanya adalah berkenaan "zaman sekarang". banyak sangat kita denga org ckp, "budak zaman sekarang" "anak zaman sekarang" "artis zaman sekarang" dan yg sewaktu dengan yang berkaitan dengan "zaman sekarang".

yang buat aku tertanya-tanya tu, kenapa mesti zaman sekarang? zaman dulu tak eh? zaman dulu lagi lah, zaman agama tak cukup kuat. bukti agama tak cukup kuat? skola, pakai skirt pakai seluar pendek dan takde pun yang pakai tudung. tapi ada tak denga, kes zina, kes khalwat, kes buang bayi, kes jual anak, kes pelacur berleluasa mcm zaman sekarang?

padahal zaman sekarang ni banyak dah yang diwajibkan. pakai tudung ke sekolah, pakai seluar panjang dan banyak lagi. tapi kes2 yg aku cakap tu makin berleluasa pulak. aku dapat rasakan ini semua kesan didikan yang tak cukup kuat dari zaman dulu yg tak kuat agamanya. tak pasal2 zaman sekarang jadi mangsa. tak pasal2 zaman sekarang jadi makin murah harga dirinya, makin melupakan segala azab yg Allah janjikan pada hamba2Nya yg menderhakai tuntutan agama.

ya aku sedar, aku bukanlah seorang gadis dan anak yg baik. memang terlalu banyak kesilapan dah aku buat sepanjang 24 tahun hidup ni. tapi itu semua dah bagi aku cukup pengajaran dan pelajaran daripada karma yg aku terima. syukur, balasan diturunkan dalam dunia lagi. tak dapat aku bayangkan jika balasan di akhirat yg Dia bg. Nauzubillah!

maka sedarlah anak2 dan adik2 yg baru nak berjinak2 mengenali lelaki yg bukan mahram, baru konon nak berkapel, hentikanlah sebelum semuanya terlambat. lebih baik mencegah dari merawat. menyesal kemudian tak guna. ingatlah, Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui. dan ingatlah, janji Allah itu benar. takutlah dengan balasan Allah yang Maha Dahsyat itu. Astaghfirullah!!


Hal duit raya, huihhh.

Assalamualaikum..

Kat baby apple ni aku tatau la acano nak ke tengahkan dia. almaklum belum cukup godek lagi. nak tuka tulisan lagi. ala leceh la kalo nak kena padang coding sendiri. aku dah lupa dah acano nak buat tu semua.

sebenarnya aku nak cite pasal duit raya. selama ni akulah yg dapat duit raya. selama 23 tahun aku dapat duit raya dari mak abah, dan abang2 aku, tak penah missed walau sekali. ditakdirkan, tahun lepas paling banyak aku dapat duit raya dari abah aku. murah tul rezeki abah, hehehehe.

dan itulah kali terakhir aku dapat duit raya dari abah. tahun ni, giliran aku pulak la kan nak bagi duit raya kt org dan yg penting kat mak abah la kan. anak2 buah tu dah tentu lah. bila aku buat bajet utk duit raya, peh! jejak rm1000 derrrr.

agaknya mcm nila org da keje rasa kan? aku bila dah keje tetap ni, segan la kan bila tak kuakan duit raya. so, untuk anak2 buah aku yg ade 7 org tu, korang kena la terima berapa aje yg moksu korang nak bagi kan. yg penting ikhlassssss. nasib baik ler adikberadik aku tak ramai. so anak buah aku, aku kira2 dalam 8 org la maksimum. hahah. itupun kalo akak ipo aku tu nak bersalin lagi. hehehe.

lagi la gaji aku 2 bulan beku. tapi aku suka beku lama ni, byk sikit aku dapat nanti. byk gak la aku leh kua. hahah. tp tetap nak menyimpan. kali ni aku kira2 bajet, takleh nak jimba2 sbb nanti bajet lari mencicit. pehhhhh!! so kesimpulannya, aku kena belajar BERJIMAT!!!


▷▷20120702

merepek ke?

Assalamualaikum.. Oke harini da 2x aku update. aku terasa hairan sebenarnya. kenapa aku rajin bonau nak mengupdate sedangkan dah hampir 2 tahun aku dah tak aktif update blog mcm dulu. kalo dulu dalam sehari, mau kat soploh gak la aku update. gila ah. nak p tido pun aku update. gila meroyan dulu.

Skang ni mood nak berblog tu dah kurang. aku dah banyak jadi silent reader aje. banyak blog yg aku bukak, dan baca. tiap kali dia update, aku akan masuk. tak penah missed la. kalo tertinggal 2 3 entry, aku akan baca older post smpailah jumpa post yg aku dah baca. punya taatnya aku jadi silent reader sekarang.

nak aku listkan ke? takpayah la aku listkan kat sini. kat sidebar tu je dah list. itulah blog2 yg wajib aku jengah dan baca. mesti! wajib! kalo tak baca tu, macam tak baca surat khabar sehari. kehhkehkeh. oke la, itu aje aku nak cite. sbenarnya takde motif pun. hahaha. okebai.


berjimba sorang2

Assalamualaikum.. yay yay. arini tak banyak sgt kelas kt lab aku ni. eceh lab aku knon. haha. so bole la aku berjimba(berfoya2)sorg2 kt belakang melayan buah apple baru kite ni. ngeh2. oke la tu je nk update. sebenRny aku xminat sgt nak taip guna touchscreen ni. tp eksaited punya pasal, sanggup aje menahan keyidaksukaan ni. hehehe okebai.


▷▷20120701

sebulan sudah

assalamualaikum. harini 1 julai genap lah sebulan aku keje sebagai pembantu makmal kat skola menengah buloh kasap. dulu aku penah ckp kat abah aku yg aku teringin sgt nak ipad2. so, punyalah abah aku ni nak aku keje kerajaan, dia ckp usahakan supaya awak dpt keje gomen, dan abah akan hadiahkan awak ipad2 tu. aku masa tu dah down gila la kan. sbb aku dah rasa mustahil gila aku dpt ipad2 tu. pgil interbiu apa sume pn takde,ni kan lagi nak dpt keje nye. jadi, aku pendam kan je hasrat nak memiliki ipad2 tu. nak beli sendiri mmg tak mampu la kan. smpailah 1 hari tu aku dpt panggilan temuduga pembantu makmal ni under SPP. aku punya eksaited tu, study sungguh2 weh. smpai abah aku sdri kompiden yg aku akan dpt keje ni. dan akhirnya 1 jun yg lepas aku pun mula kerja. dan harini jugak, sebulan pas aku kje, abah aku hadiahkan ipad2 ni dengan bantuan encik kekasih tolong belikan. bab2 gajet ni serah je kat beliau. so ni 1st time aku tulis blog menggunakan mende lain slain pc or laptop. kehkehkeh. then, bye!


▷▷20120507

Akhirnya. ^^,

Alhamdulillah. Untuk ke sekalian lamanya, akhirnya aku berjaya. Berjaya apa? Berjaya mempunyai kerjaya tetap yg insyaAllah menjamin masa tua aku. Eceh!

Orang kata, bukan orang saja kata, abah aku, mak aku, abang2 aku, sedara2 aku, dan aku sendiri kata, keje kerajaan ni sangatlaaaaaaaaah susah nak dapat. Depa main kroni2 bagai, baru dapat.

Tapi, rezeki Allah kurniakan pada aku, akhirnya aku dapat jugak. Kalo nak cerita pengalaman kerja, 10x aku kerja tau! Tapi tempat kerja 9 je. Aku ni jenis tak tahan lama. Ada je sebab aku berhenti. Hahah! Sebab tu, last2 aku benti sume keje, aku ikot bapak aku masuk kebun getah! P noreh! Aku tak reti noreh ler, cuma ikot aje.

Masa dah start ikot abah aku p kebun getah, aku tolong cuci2 cawan getah, dapatlah upah rm10 sehari. Masa pungut getah untuk dijual, lainlah upah dia. Aku dah pk dah, keje 3 jam je. Itupun pagi aje. Gaji besh gak. Ada gak duit sendiri. Last2 aku taknak keje lain dah. Maksudnya, swasta la. Kecuali kerja kerajaan. At last, aku dapat gak kerja kerajaan.

Abah aku kata, berbaktilah dengan pokok. InsyaAllah, pokok2 ni akan mendoakan kesejahteraan kita. Doakan murah rezeki kita. So, nak p keje tu, aku niat, aku buat kerana Allah. Nak tolong abah aku. Bla bla bla. Then, aku serahkan pada takdir. Eceh! 



Ini baru dalam tenet. Hahah! Belum dapat surat lagi. Tapi happy punya pasai, aku balun update dulu! Hahaha! Mungkin lepas ni, bz la kan. Ada pun, sabtu ahad. Malam weekdays tu opkos ler penat keje. Penat lah sangattttt (tgn kat bahu mata ke atas). Hehehe.

▷▷20120427

Peristiwa spontan apabila kesabaran dihiris. (peh ayat aku!)

Masa zaman aku kecit2 dulu, aku paling2 kuat merajuk. Sebelum merajuk, aku akan mengamok dulu. Maknanya, aku panas baran la kan? Memang mudah panassss. Dan bila dah remaja pun, baran aku tetap ada.

Penah dulu, dulu laaaaa. Ade sorang budak. Main2 kat tepi aku. Betul2 kat tepi aku. Kalo main diam2 takpe. Ni, tau jela budakkkk. Mulut kalo tak menjerit, bukan main namanya. Itu tido! Dia duk pekik lolong ape sume. So, aku menten cool lagi. Tiba2 tengah dia syok main, terlibas kepala aku. Mintak maap lah kan, aku terus bangun, aku lempang muka dia sekuat hati. Meraung dia serupa mcm dia pekik lolong tadi. Tapi lagi kuat rasanya. Mak pak dia apa lagi, nak marah aku dah kan? Tapi aku menten je, aku ckp, anak ko tak reti hormat org tua! Aku terus blah.

Tapi itu dulu. Zaman aku tak kenal terapi macam mana nak control marah. Skang ni, ya! Memang aku sedang belajar, SABAR, tahan marah, dan bla bla bla. Ni kisah semalam. betul2 semalam terjadi. Masa aku p rumah sorang insan ni la. Ada anak umo 6 7 tahun gitu. Dia ni punya nakal, Ya Allah! Hanya Tuhan yg tahu kenapa mcm tu skali dia nakal.

Hal nya sama. Aku ngah sedap duduk tengok tv kan. Yela, melayankan mak aku dengan bla bla bla ni berborak. Si budak ni, ngah main trompet tau. Bukan trompet betul. Ala2 trompet. Tapi kalo ditiup tu, anjing denga, memang meraung dia lari ketakutan. Punya la kuat kan.

Dah la dia tiup tu sebelah telinga aku. Aku senyum je dengan perangai dia ni. Sabar kan! Mak aku kata jangan main dekat dengan akak. Dia lagi p dekat dengan telinga aku, dia p tiup. Angin aku masa tu, dah sampai dada aku rasa. Tapi takpe, aku sabar. Aku senyum je pandang mak aku.

Tiba2 dah tiup, dia spontan nak p libas kepala aku dengan trompet. Mula2 tak kena. Kali kedua dia nak libas lagi, belum sempat kena, aku pun spontan bangun, aku tangkap tangan dia dua2, aku baringkan dia, kaki aku tahan kaki dia dua2, aku henyak tangan dia kat perut. Aku denga sore dia ilang sebab senak kot. Masa tu dia dah nangis. Aku lepaskan, dia nak terajang aku. Aku cuma tangkap je kaki dia. Dia terus bangun sambil jerit, "AKU NAK AMBIK PISAU, AKU NAK BUNUH KAU!!"



Dia lari p dapo terus weh. Nasib baik mak aku, makcik aku, makcik dia dengan mak dia sempat tangkap dia. Meronta2 serupa orang kena sampuk. Kuat budak tu meronta. Dalam kepala otak aku masa tu, kalo dia amik pisau, aku terajang dulu. Apa guna kaki panjang kan? Tapi aku pelik, aku hanya senyum aje. Aku tak kata apa2 pun. 

Masa ngah meronta tu, dia pandang tepat muka aku, dia jerit, "BABI KAU! KAU BABI!!". Spontan skali lagi, aku terus meluru ke dia, aku nak sepak mulut dia. Tapi dia ngelak muka. Mak aku pun duk tarik2 tangan aku. Abih tu lagilah dia ngamok kan. Agaknya dia tak sangka kot, aku boleh buat dia mcm tu. Dia tengok, aku senyap, senyum, lembut dengan dia. Tiba2 mengganas dengan dia. Tentulah dia lagi marah kan. Sapa tak bengang weh. Hal libas aku satu. Dia dok BABI kan mak dia, BABI kan mak aku, masa tu je darah aku dah naik. Tapi aku tahan. Tak sangka berlarutan pulak.

Budak tu, makcik dia pujuk2 smpai dia tido. Masa nak balik, aku mintak maap kat mak dia. Sebab spontan je aku kejekan anak dia. Tapi anak dia tak kena cubit, tak kena lempang, apa semua tak kena. Cuma aku genggam tangan dia sekuat hati jela. Mak dia kata, takpe. Kadang2 kena ajar dia tu. Masa tu aku terfikir, baran aku, masih lagi pada tahap lama. =.=' Okebai.

▷▷20120425

"Awk, nak jadi kawan karib awk boleh?"

Teringat zaman kecit2 dulu. zaman skola rendah. beli buku cantik2, pas kat kawan2. soh buat biodata. siap ucapan bagai. yang beshnye, dalam biodata tu, mesti ada...

Kawan biasa : Ramai.
Kawan karib : Nurul, Tipah, Simah.
Kawan sejati : Lijah.

Hahahahaha!! aku kalo tengok part ni. aku tak bole blah weh. ase nak gelak sungguh2. bukan pasai apa, mcm klaka lak. kawan bla bla bla nak tentukan lak siapa kan? Siap ada kawan sejati tu. skang kawan sejati kemana, kawan biasa tu jugak hat jadi yg sejati. Kahkah!

Dulu ingat lagi, masa nak p skola. aku ada saing sorang membe. naik beskal baru. abah belikan. sebab tengok membe sume ada beskal, aku nak jugak. dengan alasan, "senang nak p skola. abah takyah anta!" baik betui anak abah ni! hahah.

So, membe aku ni slalu la nak saing p skola agama. skola pagi (skola kebangsaan) tu, abah aku da upah bas skola jemput pagi2. petang je naik beskal. bila da sama2 p skola naik beskal sama2, slalu lah berborak kan. jadi, rasa mesra.

Tiba2 kuaq dari mulut..

Aku: Awk, kita nak jadi kawan karib awak boleh?
Dia: Boleh! nanti kat biodata, kite tulis nama awak eh?

Wakakakak! nak jadik kawan karib siap lamar dulu! apa pun tak boleh! tapi kat skola, tak rapat mana pun. hat nak p skola je baik. da smpai skola, aku lupa dia, dia lupa aku. masing2 dengan hal masing2. bila ingat balik, cm klaka bodo aje. tp tulah zaman skola aku. oke tu aje buat masa ni sambil tersengih mengenang zaman kecit2 comei dulu. kbai.

▷▷20120421

Gadoh jangan sampai putus.

Dalam setiap satu2 perhubungan tu, ada pasang surutnya. bila tiba saat bahagia tu, dia punya feel tu serupa makan sosej isi keju tapi taknak telan. nak rasa sedap dia lelama. tapi bila dtg pulak angin ribut taufan sume2 tu la, feel dia lain pulak. tau apa? korang penah rasa kan? ala rasa dia sama mcm korang gadoh dengan orang lain ler. atau korang tengok cicak bercekak. gitu ler lebih kurang.

haaaa ni sama la p nye kat aku. haritu gadoh. dua tiga hari gak la tak contact. kitorang ni, sehari tak contact rasa mcm dah sebulan tak contact. lain mcm rasanya. padahal mesej2 tu bukan apa sgt pun borak. "buatpa?" "makanpe?" "sepak sapa?" gitu2 ler lebih kurang. ayat pun tak panjang mane. short2 aje. tapi da kalo memang da TERbiasa nak bermesej kan, so biasa la jadinya. walhal, ramai gak kengkawan kata, mesej selalu, contact selalu takleh gak. bosan. hat aku tak lagi. 3 tahun tu, selamba ja lagi nak mesej selalu. hahah!

-rindu baby kite ni! T__T-

call2 sume, skype lagi, mesej2, arghhh! memang keje kitorang la. kalo salah sorg bz, sebelum bz, msti da update dulu nak buat ape. so yg pihak sana takde la dok kaco2 kan selain dari mmg mintak terajang kalo sibuk nak ngamok tak balas mesej padahal da tau dia bz kannn. kalo aku, tgk mood. tau dah dia bz. kalo mood ngade aku dtg, 5 minit skali aku anta mesej kat dia. kutuk2 dia. eleh kutuk2 manje. ngade la gitu. kalo aku senaraikan kang, kompom korang muntah biru. hahah!

jadinya, bila gadoh, 3 hari tak contact, aku dah rasa dunia cinta *eceh geli meremang kau kan* aku dengan dia dah OVER! hahah! gila cetek pk kan? pasai ego jugak. tp rindu. dalam rindu, marah! abih sume gamba delete. *tapi kat recycle bin ada lagi* hahaha!!

skang ni, baik dah. mintak maap sume. kalo terus lagu tuuuuu je, bila nak baik kan? ego tak bagus untuk kesihatan gak. pas solat pun pale duk ingat apa dia ngah duk kalut buat kan? ingat aku ke tidak? so tak bagus la kan. jadi, mintak maap jalan penyelesaiannya. salah pun, memang salah aku. totally! hahah!

so yg korang2 tu, hargai pasangan korang. okebai.

▷▷20120418

Bila hati da mula tak sedap..

Assalamualaikum. hai korang. lame gile aku tak update. ni saje ade mood sikit, cepat aku capai laptop, kasi hapdet. bukan apa, skang kurang sikit la nak berstory dekat blog atau kat mana2. 

sebab aku ada tempat mengadu yg lagi tenang, insyaAllah. eceh. aku slalu bercerita kat abah aku. sbb sekarang ni, da rapat lebih dengan abah aku. bukan tak pernah rapat. cuma lebih rapat. sebelum ni suka cite kat mak aku aje. skang kat bapak aku pun, seronok nak cite. tak lupa, yg utama, Allah SWT. ^^,

ni nak cite skit pasal hati. dulu2, kemain sayang kan? cm bahagia sangat je rasa. yela, tak pernah2 pun kapel cmni punya lama. tapi bila lama sangat, bosan tu takla. cuma, rasa mcm dah tak serasi. mungkin perasaan aku aje. tapi, itulah yg aku rase. makin da 3 tahun, makin rasa jauh. makin rasa tak kenal.

taktau apa punca, tapi hati kata, dia dah tak setia. hahah! jaat kan? dua tiga tahun lepas taknak rasa lak cmtu? skang ni, aku makin perasan, dia kalo bagi alasan, muka selambe, cakap pun spontan aje. oke, alasan yg dia bg, atau lebih senang ckp, TIPU tu dia buat kat orang lain la kan. aku ade kat sebelah dia.

aku dengar dia bg alasan atau tipu orang tu, muka dia selambe aje. spontan gile ayat. smpai aku pun percaya apa yg dia ckp. bila da ckp2 dengan sekian2 org tu, aku tanya "betul ke?". baru dia cite hal yg sebenarnya kat aku.

bila aku pk balik, kalo dengan orang lain dia bole buat mcm tu, apatah lagi dengan aku kan? yelah, ayat pun spontan, muka pun selambe je, mmg kite boleh percaya punya ckp dia. sejak dari tu, aku rasakan, dia ni sebenarnya ada orang lain ke ek? sapa tau? dia bijak mengatur strategi. dia mmg bijak dalam sume2 tu. hahaha.

takpela, sbb tu skang aku malas nak pk sangat pasal dia. aku rase, biar masa menentukan segalanya. andai ada jodoh, ade la. takde, redha ajela. Allah lebih tahu yg terbaik untuk hamba-Nya. amin


▷▷20120220

Jalan2 saje.

Assalamualaikum.

Oke harini da 20 Feb 2012 kan. semalam, 19 Feb 2012, genaplah hubungan aku dengan si Pais 2 tahun 11 bulan. bulan depan, kitorang genap 3 tahun la kan. bagi aku, hubungan cinta aku dengan dia paling lama pernah aku jalinkan. semuanya sebab kesabaran yang dia hadapi. hehe.

oke, disebabkan semalam genap itu ini, so kitorang keluar jalan2. ke Kluang Johor, pegi tengok wayang, pastu jalan2 kat ayer hitam. pastu singgah kat Batu Pahat Johor. oke, hebat tak? 3 DAERAH terus kitorang jalan2? haha.

mana taknya, daerah2 ni sebelah2 je. nak pegi satu sama lain, memang kena lalu satu sama lain. so, jalan jela kan. so aku taknak banyak cite sangat. aku jamukan dengan beberapa keping gambar. tenkiuuuu~