▷▷20100719

INCEPTION meragut jiwa kacau aku !





kitorang tengok cite INCEPTION pukul 6 petang. mak abah aku duk tunggu dalam keta je. diorang sanggup tunggu dari masuk wayang tu. huhu. nak buat macam mana kan. aku nak hantar PAH sendiri, dia tak caya. dia nak hantar jugak. ngehehe.


oke yang tak beshnya, aku duk seat baris ke 4 dari depan screen!! tak penah-penah tengok screen secara mendongak weyh. subtitle tu sebaris kepala kitorang. cis cis. akak aku da mual da. aku ni, mungkin sebab terlalu fokus pada cite tu, makanya, tade la aku pening lalat mahupun pening ulat sutera. erk.


cite INCEPTION ni mula-mula dia agak boring. yela, tak paham kan. cite pasal apa sebenarnya ni. rupanya cite pasal mimpi. dia bole control mimpi dia dan bole masuk dalam mimpi orang. kira diorang ni buat sesuatu projek atau nak curi suatu maklumat dengan cara masuk dalam mimpi orang tu la. 


ni dalam mimpi pertama diorang


bagi aku, cite tu bermula masa cite tu da pertengahan. kira diorang nak buat mimpi dalam mimpi dalam mimpi. sampai 3 peringkat tu. guna sedatif. aku syak, sedatif tu macam ubat tido kot. so, macam-macam aksi la ada. memang menarik perhatian aku. bunuh-bunuh. tembak-tembak. tumbuk-tumbuk, cium? tadokkk! KAHKAH!


ni dalam mimpi kedua. diorang terapung2 ni sebab dalam mimpi pertama diorang dalam van. van tu dikejar penjahat. jadi bawak van terhoyong-hayang. dalam mimpi kedua diorang rasa mcm terbang2 la. KEHKEH!


senang cite, ending cite ni, bole dikatakan yang jahat pun bole jadi insap disebabkan mimpi dia. yang SAITO tu la, konon dia ni macam jahat, tapi dalam mimpi yang pertama dia kena tembak, dalam mimpi ketiga dia mati. so, diorang ni kalo mati dalam mimpi, hanyut gitu. kena bina hidup sendiri dalam mimpi tu sorang-sorang. sampailahhh dia tua. hidup sorang2.


ni dalam mimpi ketiga. kena berperang bagai. KIHKIH!


bila terjaga pada alam nyata, sumenya termenung. mana taknya, dalam mimpi, diorang alami macam 10 tahun. tapi diorang tido untuk beberapa jam je. aku tertarik la dengan cite ni. walaupun, sepanjang cite ni, ada la dalam 3 pusingan, aku bersin tanpa henti. diulangi, TANPA HENTI!!


sebenarnya, bukan orang dalam cite tu je termenung, aku pun termenung jugak! KAHKAH! memang jenis aku terbawak-bawak sesuatu cite besh tu keluar. ke dunia aku. mula da aku fikir masa tu, aku mimpi ke? punyalahhh teruk anak CIK MAD DAUD ni! 


pelakon utama dalam utama ialah JACK DAWSON! sapekah? yang memegang watak JACK DAWSON dalam filem titanic tu. yang jadi pelukis tu. yang watak utama tu la. I JUMP U JUMP tu! dari mula2 dia terdampar kat pantai dalam cite INCEPTION ni pun, bila dia bukak mata je, hah! JACK! itu dalam hati aku! KAHKAH! tapi muka dia lain sikit la. nampak matang gitu. tapi dia la yang pandai masuk dalam mimpi orang.


OKE SETEL


oke, itu saje yang berlaku sepanjang hari semalam dan semalam lagi. sebab tu aku tadok online. masa diisi dengan penuh saat berharga!! serius, ia saat yang sangat menyeronokkan!!

Mesej itu ..

Yay Yay! Alhamdulillah. aku cuma nak bagitawu, baru tadi aku dapat mesej dari nombor tak dikenali, bagitawu 21 Julai 2010 hari RABU ni, PEJABAT UMNO LABIS, suruh aku datang temuduga atas jawatan yang dipohon.


Alhamdulillahh!! orang pertama aku menjerit panggil ialah ABAH aku. sebab dialah insan paling gembira kalo dengar aku dapat pegi temuduga. ni baru temuduga, belum keje lagi. keje  tetap la maksud aku. hmm, susah kan nak keje?


moga-moga aku dapat keje ni. doakan ye? 


-sekian-

Hari Ahad meragut aku ! [ part 1 ]

Jumaat lepas, mak aku turut serta dalam pengambilan anak angkat. ni kali ketiga mak aku amik anak angkat. kali ni, sorang je, perempuan. nama dia ZATUL umo baru 20. diorang ni sume datang dari UiTM SEGAMAT. dekattt je. sabtu siang, anak angkat mak aku yang pertama datang. nama dia HAPIPAH. aku panggil dia PAH je. study kat UTHM BATU PAHAT. umo baru 21.


SABTU MALAM 17 JULAI 2010


aku join diorang ni sume pegi tengok pertandingan karoke. mula-mula macam syiok. lama-lama bosan la pulak. bukan pe, diorang ni asik nyanyi lagu patriotik yang sama. bosan derr. sampai tertido aku dibuatnya. last-last aku ajak PAH balik dulu. ingat nak tengok tv, tapi TER online pulak. 


ada jugak jengah KAPET GB, tapi sayang kelihatan tade orang di situ. makanya, aku habiskan masa dengan edit gambar pastu pastu tengok tv cite FIRST DAUGHTER. tapi sumenya tak selesai, sebab aku da mengantuk tahap tak bole ngantuk lagi da, terus tido kira-kira jam 1 lebih pagi.


AHAD PAGI 18 JULAI 2010

da la bangun agak lewat. cis bukan agak, tapi sangat lewat. ngantuk gilagilagila lahh! bukan sembarangan punya ngantuk. pastu aku pun mandi dan siapkan la saki baki kerja rumah yang ditinggalkan khas untuk aku buat!


AIR OH AIR


geng-geng PAH kat kolam air panas


da siap sume keje rumah, aku pegi KOLAM AIR PANAS kat PEKAN AIR PANAS. aku pegi dengan PAH. kat sana geng-geng PAH ada sama. sume da berpeluh sebab berendam dalam air panas tu. aku celup kaki je. malas nak basahkan badan dengan air panas tu. tak tahan derr.


ni la upacara tu. diorang akan tenggelamkan budak yang diorang pegang tu. si baju pink tu yang ada baca-baca apa tah. air ni, serius panas gila weyh. menggeletik diorang bila ditenggelam dalam air panas tu


tengok-tengok macam ada upacara pulak. sekelompok kaum india kena berendam dalam air panas tu lepas dibaca mantera. ceh. tak hingin derr nak kongsi air. kitorang pun blah keluar dari kolam tu. terus pecut ke AIR TERJUN TAKA MELUR. dalam kampung aku je. hujung kampung la tapi.


ni la air terjun tu. tu tu tah siapa tah yang eksaited sangat nak berenang2. LALALALA!


kali ni mandi air sejuk pulak. pehhhhh! aku ni bab-bab air terjun, memang paling eksaited! KAHKAH! buat aksi bukan-bukan kat tempat air tu terjun. berani betul air tu. siap ajar budak-budak ni berenang lagi walhal aku sendiri baru-baru je pandai berenang. KAHKAH! malu la weyhh jadi orang kampung tapi tak pandai berenang.


yang paling besh bila aku dapat apungkan diri dalam keadaan terlentang. kembang kuncup lobang idong aku bila aku dapat buat macam tu tapi orang lain tak boleh! KAHKAH! oke, riak di situ! cis. aku ni sebenarnya HANTU air terjun. takkan nak balik selagi keadaan tak memaksa aku untuk balik. masa tu aku balik pun sebab orang makin ramai, dan hari macam nak hujan dan dan si PAH tu da lapar.


PERPISAHAN


balik-balik terus bilasbilas badan, terus pegi makan kat dewan serbaguna kampung. majlis perpisahan dengan anak angkat yang baru ni. aku datang nak makan je. KAHKAH! main-main mata dengan ... erk tade-tade. aku tak miang! KAHKAH! amik-amik gambar bagai, pastu terus balik rumah.



BERSAMBUNG ..