▷▷20100708

Kes tentera Israel bunuh diri makin meningkat


TEL AVIV: Israel menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kes bunuh diri di kalangan anggota tenteranya selepas berlaku peningkatan ketara sejak awal tahun ini.
Akhbar Ynet melaporkan, seramai 19 tentera membunuh diri setakat ini berbanding 21 orang sepanjang tahun lalu.
Akhbar itu berkata, peningkatan itu berlaku ketika tentera mengambil pelbagai langkah bagi mengekang kes bunuh diri.


Pada 2000, sebanyak 30 kes bunuh diri direkodkan, manakala 35 kes serupa dilaporkan pada 2005.


Bagi mengekang kejadian itu, tentera melancarkan program latihan bagi membantu pegawainya mengesan kemurungan psikologi serius dalam pasukan berkenaan. Melalui program itu, jumlah tentera yang dibenarkan membawa pulang senjata api ke rumah berjaya dikurangkan. - Agensi



Pendapat aku: ini adalah berkat doa umat Islam mungkin. Allah berikan mereka tekanan yang tak dapat ditanggung sehingga mereka buat keputusan untuk bunuh diri. semakin berkurang bilangan tentera mereka ni, insyaAllah satu hari Palestin akan aman. teruskan berdoa. ;))


0 komen kat sini !: