sila ucapkan babaiiii pada header lama akuu. kenapa? kenapa tukar lagii?? errr aku tengok gambar utk home email banner bagai tu cantik fulak tulisannya ekekekek. jadi tiru la agagagag.
tadi blogwalking punya pasal, aku jumpa satu blog menceritakan kisah kucing-kucing dia. comel-comel belaka. tiba-tiba mengingatkan aku pada 'arwah' kucing aku.
dulu, aku ada bela seekor kucing. hmmm kira-kira tahun 1998 gitu. masa tu aku darjah 4. kucing tu pemberian abang ngah aku. dia nak kawen. bini dia takut kucing. sebab tu dia bagi kucing dia pada aku.
masa abang aku nak bertunang, aku ada datang rumah bujang dia. masa tu kucing dia baru nak membesar. nakal sangat. semua orang dia kejar dan nak gigit. aku ni paling penakut la kan. sebab masa tadika dulu penah kena cakar dan digigit kucing. tu yang aku terus fobia dengan kucing.
bila abang aku nak serahkan kat aku, aku mula-mula taknak. yela, kucing tu tengah nakal. jantan pulak tu. nak tak nak, aku kena terima jugak.
kucing aku tu kitorang bagi nama sitam. mata dia hijau. ekor dia pendek dan bengkok. masa abang aku jumpa dia, dia baru lahir kot. abang aku tengah jual burger.
abang aku tak ada susu nak bagi sitam. jadi, abang aku bagi tapak tangan. sitam pun jilat-jilat tapak tangan, dan nyonyot tiap ruas jari.
tiap kali dia nak tidur, mesti nak nyonyot ruas jari. jadi mula-mula aku geli sangat nak bagi sitam buat macam tu kat aku. yelah, aku ni penggeli orangnya.
dengan mak abah aku, sitam macam nak tak nak je nyonyot dengan jilat. lama-lama aku terbiasa. masa aku nak tidur je, aku dengar pintu bilik diselak. tengok-tengok sitam dah naik katil. get ready nak jilat tapak tangan aku dan nyonyot tiap ruas jari aku. sampai dia tertidur.
bulu dia cantik. halusss je. sitam ni takut orang. kalau ada je orang datang rumah, dia mesti lari hilang entah ke mana. tetamu balik je, alih-alih dia dah muncul. lapar la tuu.
tapi, jiran-jiran da biasa agaknya dengan sitam. jadi, diorang pun sama-sama bagi makan kat sitam. penah 1 hari tu, sitam nak lompat jauh. dari dalam rumah nak keluar. aku duduk kat depan pintu. agaknya dia dah target nak lalu betul-betul depan muka aku. sekali entah macam mana, aku terkedepan la sikit muka aku. apa lagi, terhantuk la muka aku dengan muka sitam. haha terhoyong-hayang sitam jalan. pening la tuu. kesian dia.
aku penah nak amik gambar sitam. masa tu dia landing baikk punya atas tv. comel sangat-sangat masa dia tidur. tapi incik abah tak bagi. dia kata, nanti mengagungkan binatang pulak.
sitam penah sakit teruk kat kaki. tak boleh langsung usik kaki dia. mesti dia nak cakar. kesian dia. aku penah dukung dia erat-erat, peluk kuat-kuat. rasa sayangggg sangat kat dia. dan masa tu la, dia jilat pipi aku. kaki depan dia usap pipi aku. seolah-olah, macam itu pertemuan terakhir kitorang. menitis air mata aku sekarang..
tak lama lepas tu, sitam hilang. hari-hari aku tanya incik abah, mana sitam. incik abah cakap tak tau.
sampailah aku tingkatan 2. masa tu nak pegi sekolah agama darjah khas. malam tu aku mimpikan sitam. masa cerita kat incik abah, aku nangis. aku cakap rindu sangat kat sitam. kenapa tak balik-balik lagi.
incik abah pun cerita hal sebenar. sebenarnya, 2 tahun sebelum tu, dia jumpa sitam da mati. mulut berbuih. incik abah da tanam depan masjid. Ya Allah! terperanjat aku! sitam da mati! sumpah, aku rindu sangat kat sitam..
harap maklummm ni entry sedih a.k.a meluah rasa tak sedap di hati uhuk uhuk
sequal entry semalam ye. pagi ni aku mimpi lagi. kali ni, dia save no xgf dia as HAKIMI. aku ingat no xgf dia. then aku ngamuk la dalam mimpi tu. tapi bila bangun, aku termenung. sampai skang, aku masih terfikirkannya..
" Ya Allah, jika dialah jodohku, dekatkan kami, percepatkan jodoh kami, kekalkan jodoh kami Ya Allah! tetapi, jika bukan dia jodohku, jauh kan lah kami sejauh yang mungkin Ya Allah! sebelum aku menghadapi kecewa lagi. sakitnya kecewa itu Ya Allah! terpaling sakit.."
harap maklummm ni entry sedih a.k.a meluah rasa tak sedap di hati uhuk uhuk
pagi ni aku terbangun lewat. hmm sebelum bangun tuu aku mimpi. mimpi yang meletihkan. letih sebab tahan sebak. huh nak nangis tapi tak pas-pas. dalam mimpi da ngamuk ukukukuk.
kisah tingkatan 2
ada satu malam tu, aku mimpi boyfriend aku masa tuu kawen dengan orang lain. aku frust sangat-sangat. nangis esak-esak tapi air mata tak kuar. aku ngamuk-ngamuk dengan boyfriend aku. bila bangun, aku sambung nangis. kawan aku terkejut. masa tu aku duk asrama. dia tanya kenapa, aku pun cite la. dia cakap, tu mimpi je. sebulan lepas tu, boyfriend aku tinggalkan aku kerana perempuan lain..
kisah masa berusia 18 tahun
aku mimpi boyfriend aku masa tuu da couple dengan orang lain. hmm dalam mimpi aku cuma nangis je. bila da bangun, aku nangis jugak. dua bulan lepas tu, boyfriend aku tinggalkan aku kerana perempuan lain..
kisah masa berusia 19 tahun
aku mimpi boyfriend aku masa tuu ada perempuan lain. perempuan tu siap peluk-peluk boyfriend aku. aku ngamuk, boyfriend aku selamba je. aku nangis esak-esak bila terbangun. aku terus call boyfriend aku. dia pujuk. dia cakap, dia takkan buat macam tu. tiga bulan lepas tu, boyfriend aku tinggalkan aku kerana perempuan lain..
kisah pagi tadi
aku mimpi SANGKEKASIH nak bertunang dengan orang lain. dia record perbualan dia dengan girlfriend dia dalam hp dia. aku terdengar. aku nak ngamuk. tapi tak jadi. aku nangis-nangis. tapi tangisan tak keluar air mata. bila terbangun, aku rasa letih. dan aku termenung....
tiga kali aku mimpi benda yang sama dengan orang yang berbeza. semuanya aku sayang sangat-sangat. tapi orang yang tiga-tiga tu, sayang tapi tak berguna. memang kaki perempuan. aku je bodoh masih tak nak lepaskan. dan semuanya, hati aku terdetik..
tapi yang ni, aku sayang sangat! dan aku yakin dia tak ada perempuan lain. aku percaya dia. tapi tak tahu lah, hati aku terdetik, dia ada orang lain. da lama hati aku terdetik. dan harini, aku dapat mimpi ni. hmmm
terus aku berdoa.. " Ya Allah, jika dialah jodohku, dekatkan kami, percepatkan jodoh kami, kekalkan jodoh kami Ya Allah! tetapi, jika bukan dia jodohku, jauh kan lah kami sejauh yang mungkin Ya Allah! sebelum aku menghadapi kecewa lagi. sakitnya kecewa itu Ya Allah! terpaling sakit.."