▷▷20100619

Atok, pergimu meninggalkan kesan mendalam..

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Atok, pergimu meninggalkan kesan mendalam...? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Teringat aku masa jaga arwah. masa tu dia kena strok, dimasukkan ke wad. dan masa tu aku sekolah lagi. mak aku cakap, arwah tanak cucu-cucu jaga dia, sebab nanti cucu yang tido lebih bukan nak jaga dia.


tapi aku tak peduli apa yang atok cakap. aku nak jugak jaga. jadi, nak buktikan yang aku tak tido lebih berbanding jaga dia, aku tak tido langsung. sampai aku kena migrain. masa sekolah dulu, aku selalu kena migrain.


masa aku jaga, besoknya atok demam panas. jadi, lagi rapi la aku jaga dia kan. aku layan je kerenah dia. salu lap-lap badan dia. kesian sangat, panas. aku tawu dia tak selesa. 


sampailah dia elok. suhu da turun. dia da boleh berborak. aku ni jenis suka bertanya. lepas tu, aku memang suka berborak. masa mula-mula jaga, dia tak larat nak layan aku. kesian dia. 


tapi masa dia dah elok sikit dari demam, dia berborak dengan aku. habis semua rahsia lama dia cerita kat aku. kisah dia muda-mudi. dengan arwah atok jantan aku. seronok sangat. dia cakap, jangan cerita kat sapa-sapa. jadi, smpai skang aku tak cite kat sapa-sapa pun apa yang dia ceritakan.


bila turn mak aku jaga dia, atok ada cakap sesuatu dengan dia pasal aku. mak aku cerita balik. arwah cakap, dia lagi suka aku yang jaga dia. sebab rapi penjagaan aku pada dia. tersenyum aku, sukanya!


sebenarnya, atok jantan aku tak pernah panggil nama aku, apatah lagi nak tegur aku. sampaikan aku cakap kat incik abah, agaknya. kalau atok jantan tu sebut 'eca', dunia nak kiamat kot.


tapi, sejak aku jaga arwah, atok jantan aku mula berborak dengan aku. dia berbaik dengan aku. pantang kalau aku balik kampung, tolong arwah masak, mesti dia pun join sama, nak berborak dengan aku.


bila dapat tawu arwah kena strok kali kedua pada 25 Mei 2010 yang lepas, aku jadi terkejut. kesian arwah. dia pun dimasukkan ke wad. tak sampai 24 jam, kitorang mintak arwah keluar je wad. 


bia kitorang je jaga. boleh urut-urut. pastu, beberapa minggu, hinggalah ke 16 Jun 2010 yang lepas, arwah tak sedarkan diri. dia dah boleh bangun sendiri masa tu. tiba-tiba pitam, dan terus tak sedarkan diri.


ni gambar arwah masa pegi umrah bulan 3 lepas. dengan pakusu aku




dimasukkan wad sekali lagi. kali ni, aku tengok arwah makin tenat. sampailah pagi tadi, kira-kira pukul 1 pagi, dapat berita, arwah pergi buat selamanya. tanggal 19 Jun 2010, arwah pergi tinggalkan kami.


sesungguhnya aku memang sebak bila tengok muka arwah. sayu je rasa hati ni. luluh rasanya. menitis air mata tengok ketenangan wajah arwah. dia serupa sedang tidur.


aku tak sanggup tenung lama-lama, kang banjir pulak. lepas tu saat mandikan arwah, sekali lagi suasana jadi hiba. semua tak mampu tahan sebak di dada. air mata tak dapat dibendung lagi tatkala tengok sekujur tubuh kaku dimandikan.


tangan arwah bengkak sebelah, tempat cucuk jarum tu. berdarah lagi. kesian arwah. aku memang tak sanggup tengok muka arwah. setiap kali aku tengok, air mata ni takkan bertolak ansur nak menitis mengalir di pipi ni tanpa henti.


atok, pemergian atok, masih sukar dipercayai. rindunya kat atok. semoga roh atok ditempatkan bersama orang yang beriman. rasa macam tak percaya, atok aku dah pergi..


AL-FATIHAH..




10 komen kat sini !:

Unknown said...

Oh my love.. Condolence lagi..

Banyak cobaan ko dalam berapa bulan ni. Sabar tau. Aku ada ni. Kami semua support.. tau tau tau...

cik panadol said...

bace entry ni teringat kt arwah atok sy gak...

takziah...al Fatihah untuk arwah atok awk...

KuBi said...

byk2 bersabo yer sayam!!

meo188 said...

al fatihah

aisyahwhitelily said...

takziah 4 u. may her soul rest in peace

Kik0 ♥ QiLaH said...

al Fatihah..
saborrr ye ;)

pawaka19 said...

atuk aku pon baru2 ni meninggal jugak..al-fatihah tuk mereka

Johari Hamzah said...

sabar yea yunk... banyak2kan sedekah ayat2 al quran buat atok tau... =)

aien said...

salam takziah.. al-fatihah..

semoga rohnya di tempatkan dlm kalangan org2 beriman.. amiin.. ^__^

aien said...

salam takziah.. al-fatihah..

semoga rohnya di tempatkan dlm kalangan org2 beriman.. amiin.. ^__^