▷▷20120702

merepek ke?

Assalamualaikum.. Oke harini da 2x aku update. aku terasa hairan sebenarnya. kenapa aku rajin bonau nak mengupdate sedangkan dah hampir 2 tahun aku dah tak aktif update blog mcm dulu. kalo dulu dalam sehari, mau kat soploh gak la aku update. gila ah. nak p tido pun aku update. gila meroyan dulu.

Skang ni mood nak berblog tu dah kurang. aku dah banyak jadi silent reader aje. banyak blog yg aku bukak, dan baca. tiap kali dia update, aku akan masuk. tak penah missed la. kalo tertinggal 2 3 entry, aku akan baca older post smpailah jumpa post yg aku dah baca. punya taatnya aku jadi silent reader sekarang.

nak aku listkan ke? takpayah la aku listkan kat sini. kat sidebar tu je dah list. itulah blog2 yg wajib aku jengah dan baca. mesti! wajib! kalo tak baca tu, macam tak baca surat khabar sehari. kehhkehkeh. oke la, itu aje aku nak cite. sbenarnya takde motif pun. hahaha. okebai.


berjimba sorang2

Assalamualaikum.. yay yay. arini tak banyak sgt kelas kt lab aku ni. eceh lab aku knon. haha. so bole la aku berjimba(berfoya2)sorg2 kt belakang melayan buah apple baru kite ni. ngeh2. oke la tu je nk update. sebenRny aku xminat sgt nak taip guna touchscreen ni. tp eksaited punya pasal, sanggup aje menahan keyidaksukaan ni. hehehe okebai.


▷▷20120701

sebulan sudah

assalamualaikum. harini 1 julai genap lah sebulan aku keje sebagai pembantu makmal kat skola menengah buloh kasap. dulu aku penah ckp kat abah aku yg aku teringin sgt nak ipad2. so, punyalah abah aku ni nak aku keje kerajaan, dia ckp usahakan supaya awak dpt keje gomen, dan abah akan hadiahkan awak ipad2 tu. aku masa tu dah down gila la kan. sbb aku dah rasa mustahil gila aku dpt ipad2 tu. pgil interbiu apa sume pn takde,ni kan lagi nak dpt keje nye. jadi, aku pendam kan je hasrat nak memiliki ipad2 tu. nak beli sendiri mmg tak mampu la kan. smpailah 1 hari tu aku dpt panggilan temuduga pembantu makmal ni under SPP. aku punya eksaited tu, study sungguh2 weh. smpai abah aku sdri kompiden yg aku akan dpt keje ni. dan akhirnya 1 jun yg lepas aku pun mula kerja. dan harini jugak, sebulan pas aku kje, abah aku hadiahkan ipad2 ni dengan bantuan encik kekasih tolong belikan. bab2 gajet ni serah je kat beliau. so ni 1st time aku tulis blog menggunakan mende lain slain pc or laptop. kehkehkeh. then, bye!


▷▷20120507

Akhirnya. ^^,

Alhamdulillah. Untuk ke sekalian lamanya, akhirnya aku berjaya. Berjaya apa? Berjaya mempunyai kerjaya tetap yg insyaAllah menjamin masa tua aku. Eceh!

Orang kata, bukan orang saja kata, abah aku, mak aku, abang2 aku, sedara2 aku, dan aku sendiri kata, keje kerajaan ni sangatlaaaaaaaaah susah nak dapat. Depa main kroni2 bagai, baru dapat.

Tapi, rezeki Allah kurniakan pada aku, akhirnya aku dapat jugak. Kalo nak cerita pengalaman kerja, 10x aku kerja tau! Tapi tempat kerja 9 je. Aku ni jenis tak tahan lama. Ada je sebab aku berhenti. Hahah! Sebab tu, last2 aku benti sume keje, aku ikot bapak aku masuk kebun getah! P noreh! Aku tak reti noreh ler, cuma ikot aje.

Masa dah start ikot abah aku p kebun getah, aku tolong cuci2 cawan getah, dapatlah upah rm10 sehari. Masa pungut getah untuk dijual, lainlah upah dia. Aku dah pk dah, keje 3 jam je. Itupun pagi aje. Gaji besh gak. Ada gak duit sendiri. Last2 aku taknak keje lain dah. Maksudnya, swasta la. Kecuali kerja kerajaan. At last, aku dapat gak kerja kerajaan.

Abah aku kata, berbaktilah dengan pokok. InsyaAllah, pokok2 ni akan mendoakan kesejahteraan kita. Doakan murah rezeki kita. So, nak p keje tu, aku niat, aku buat kerana Allah. Nak tolong abah aku. Bla bla bla. Then, aku serahkan pada takdir. Eceh! 



Ini baru dalam tenet. Hahah! Belum dapat surat lagi. Tapi happy punya pasai, aku balun update dulu! Hahaha! Mungkin lepas ni, bz la kan. Ada pun, sabtu ahad. Malam weekdays tu opkos ler penat keje. Penat lah sangattttt (tgn kat bahu mata ke atas). Hehehe.

▷▷20120427

Peristiwa spontan apabila kesabaran dihiris. (peh ayat aku!)

Masa zaman aku kecit2 dulu, aku paling2 kuat merajuk. Sebelum merajuk, aku akan mengamok dulu. Maknanya, aku panas baran la kan? Memang mudah panassss. Dan bila dah remaja pun, baran aku tetap ada.

Penah dulu, dulu laaaaa. Ade sorang budak. Main2 kat tepi aku. Betul2 kat tepi aku. Kalo main diam2 takpe. Ni, tau jela budakkkk. Mulut kalo tak menjerit, bukan main namanya. Itu tido! Dia duk pekik lolong ape sume. So, aku menten cool lagi. Tiba2 tengah dia syok main, terlibas kepala aku. Mintak maap lah kan, aku terus bangun, aku lempang muka dia sekuat hati. Meraung dia serupa mcm dia pekik lolong tadi. Tapi lagi kuat rasanya. Mak pak dia apa lagi, nak marah aku dah kan? Tapi aku menten je, aku ckp, anak ko tak reti hormat org tua! Aku terus blah.

Tapi itu dulu. Zaman aku tak kenal terapi macam mana nak control marah. Skang ni, ya! Memang aku sedang belajar, SABAR, tahan marah, dan bla bla bla. Ni kisah semalam. betul2 semalam terjadi. Masa aku p rumah sorang insan ni la. Ada anak umo 6 7 tahun gitu. Dia ni punya nakal, Ya Allah! Hanya Tuhan yg tahu kenapa mcm tu skali dia nakal.

Hal nya sama. Aku ngah sedap duduk tengok tv kan. Yela, melayankan mak aku dengan bla bla bla ni berborak. Si budak ni, ngah main trompet tau. Bukan trompet betul. Ala2 trompet. Tapi kalo ditiup tu, anjing denga, memang meraung dia lari ketakutan. Punya la kuat kan.

Dah la dia tiup tu sebelah telinga aku. Aku senyum je dengan perangai dia ni. Sabar kan! Mak aku kata jangan main dekat dengan akak. Dia lagi p dekat dengan telinga aku, dia p tiup. Angin aku masa tu, dah sampai dada aku rasa. Tapi takpe, aku sabar. Aku senyum je pandang mak aku.

Tiba2 dah tiup, dia spontan nak p libas kepala aku dengan trompet. Mula2 tak kena. Kali kedua dia nak libas lagi, belum sempat kena, aku pun spontan bangun, aku tangkap tangan dia dua2, aku baringkan dia, kaki aku tahan kaki dia dua2, aku henyak tangan dia kat perut. Aku denga sore dia ilang sebab senak kot. Masa tu dia dah nangis. Aku lepaskan, dia nak terajang aku. Aku cuma tangkap je kaki dia. Dia terus bangun sambil jerit, "AKU NAK AMBIK PISAU, AKU NAK BUNUH KAU!!"



Dia lari p dapo terus weh. Nasib baik mak aku, makcik aku, makcik dia dengan mak dia sempat tangkap dia. Meronta2 serupa orang kena sampuk. Kuat budak tu meronta. Dalam kepala otak aku masa tu, kalo dia amik pisau, aku terajang dulu. Apa guna kaki panjang kan? Tapi aku pelik, aku hanya senyum aje. Aku tak kata apa2 pun. 

Masa ngah meronta tu, dia pandang tepat muka aku, dia jerit, "BABI KAU! KAU BABI!!". Spontan skali lagi, aku terus meluru ke dia, aku nak sepak mulut dia. Tapi dia ngelak muka. Mak aku pun duk tarik2 tangan aku. Abih tu lagilah dia ngamok kan. Agaknya dia tak sangka kot, aku boleh buat dia mcm tu. Dia tengok, aku senyap, senyum, lembut dengan dia. Tiba2 mengganas dengan dia. Tentulah dia lagi marah kan. Sapa tak bengang weh. Hal libas aku satu. Dia dok BABI kan mak dia, BABI kan mak aku, masa tu je darah aku dah naik. Tapi aku tahan. Tak sangka berlarutan pulak.

Budak tu, makcik dia pujuk2 smpai dia tido. Masa nak balik, aku mintak maap kat mak dia. Sebab spontan je aku kejekan anak dia. Tapi anak dia tak kena cubit, tak kena lempang, apa semua tak kena. Cuma aku genggam tangan dia sekuat hati jela. Mak dia kata, takpe. Kadang2 kena ajar dia tu. Masa tu aku terfikir, baran aku, masih lagi pada tahap lama. =.=' Okebai.