▷▷20100920

Raya 2010 sakan habis !

Hai semuaaaa. lama gila kan aku tak meng hapdet kan entry. haihhh. bizi beraya la katekan. memang beraya sakan aku tahun ni. mana taknya, raya pertama je, sangkekasih da kunjung tiba. itu kali pertama bf datang beraya rumah aku masa raya pertama.

pastu pulak, abang aku balik. anak-anak dia memang stok nakal punya. so, rumah aku jadi meriah la kan. dengan bunyi jeritnya, dengan gaduhnya. haihh memangla menyeronokkan. pastu pulak, raya ketiga, kami sekeluarga pergi bercuti.

tak jauh pun, cuma kat mersing. tapi da lama sangat tak mandi laut. lepak kat pantai. skali mandi kat laut, ha kauuu, masin gila! cemana aku bole lupa yang laut tu masin ek? hahaha. ye la kan, sebelum ni aku sibuk mandi kat airterjun je. kan tawar je. takde ombak.

pastu raya keenam pulak, aku keluar dengan sangkekasih diikuti anak buah aku dan akak aku. kitorang turun ke batu pahat, tengok wayang. dapat la shopping sikit. tapi keseronokkannya, Ya Allah! hanya Tuhan je tahu.

tak cukup tu, raya kelapan pulak, aku pergi berkunjung rumah kawan-kawan yang da lama aku tak kunjung. sejak habis sekolah kira2 5 tahun yang lepas, boleh tahan la tak bape nak jumpa. skali jumpa, habis semua cite lama terbukak. syok habis.

ala-ala reunion pun ada. aku tak bagi korang gambar kan? bukan apa, aku guna pc bapak aku je. laptop aku da masuk klinik. ada la dalam sebulan. huwaaaaa. so, kat pc ni takde pape. dapat online dengan menaip je. baca la korang ek. hehehe.

setakat ni, tu je cite yang aku nak kongsikan. selamat beraya sakan lagik. hehehehehe. ummmuah~

▷▷20100911

1 Syawal yang terindah. Sila jeles!!

Assalamualaikum. Mula2 sekali aku nak ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, walaupun aku agak terlambat. hek hek. tapi janji aku ucap, kan? kan? Oke la, aku nak bagitawu, bahawasanya, raya tahun ni adalah yang paling meriah dan paling indah dalam hidup aku!! yeahhh!


Dan aku taknak cite banyak, aku nak belanje korang dengan gambar-gambar. biar korang saksikan sendiri, kenapa aku rasakan tersangat meriah, dan tersangat indah k. Jom mulakan!


[ MALAM RAYA ]





[ Pagi Raya!! ]

- aku rasmikan studio buatan sendiri -

- dengan kakak ipar. tinggi jugak aku kan? hahaha -

- kakak, emak dan, aku ke? haha -

- oh tangga! hahaha. dorang tengah melambai kat aku. hishh, tinggi aku ni kan? hahaha lagi! -

- baru berkumpul 1 keluarga. cuma keluarga abang long je takde. masa ni semua da lapar -

- bila da siap bergambar, makan time! tengok! aku paling sibuk nak makan! -

- sudah tu, sepupu yang adikberadik paling ramai datang, wow! -

[ Jeng jeng jeng.. sangkekasih pun datang ]

- ceh kaber senyum. muah! -

- control..control..depan ramai peminat tengah tengok! hahaha -

- atas permintaan, kitorang pun buat gaya bermaafan. ouchh. malu waktu ni! -

- dan itulah kisahnya.. -
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
- ah sudah! kenapa termenung? sebab.. pikir, agak-agak korang jeles tak? hahahahaha. larikkkkkkkkkkkkkk -


▷▷20100904

Farah Husna Si Gedik Gampang ~

Huiiiik. Haiiiiiii. Hik Hik Hik. Mula mula kena mengade. pastu baru bole gedik. ha ha ha. oke oke. aku buat entry khas. bukan review, bukan jelajah. erk? tapi tapi, untuk yang disayangi, sayang ke? ha ha ha. lu pikirlah sendiri!


Ni haaa. tengok tarikh. tengok cepat! 4 September 2010 ye dak? apa kena dengan tarikh tu? bukan korang kisah pum ye dak? dak dak dak. dahh. nak bagitawu, tarikh tu, tarikh keramat si budak mereng. bole la korang panggey dia FARAH. nama sebenar? KELLY CEKELATHUDSON. indah kan nama dia? nama miang dia FARAH HUSNA BINTI HELMI.


- Haa. ini header terbaru blog dia. mmg suke monster budak ni. RAWR -

Pagi tadi, atau lebih dikenali pagi pagi buta kira kira jam 12 tak tepat malam, ke pagi? eh lantak. aku suruh budak kubi, eh bukan, pakcik kubi on airkan ucapan simple aku. beserta nyanyian yang ampagas dicampur lagu-lagu syahdu berkaitan hari ulangtahun. dan, aku berjaya buat dia nangish! hahaha. oke aku tersengih.

Oke cukup setakat itu ceritanya. aku nak persembahkan gambar-gambar bajek cun beliau. sila tengok dengan tenang sekarang. jangan muntah dulu. hahaha.

- Sebenarnya aku nak tayang muka dia je yang bajek cun huahuahua -

lagi lagi gambar.

- Hah! aku tak suka gambar ni. dan aku harap korang JANGAN suka gambar ni -

lagi lagi dan lagi gambar minah mereng.

- Ini pule tebiat beliau. eh tabiat! suka RAWR sana suka RAWR sini. bajek cun sangat! -

oke ni last gambar beliau si minah sewel.

- Dan ini adalah gambar yang paling aku meluat nak tengok! apa, dia ingat dia comel sangat ke buat muka gitu? haihhh -

Oke da. amacam PARA? benanah tak aku kutuk gambar kau yang bajek2 cun tu? hahaha. aku suka! aku suka! aku suka! babe, jangan lupe, [birthday girl passing by] tau! hahahahaha! muntahijau sofa bedesup tepukmeja!

-sekian-

▷▷20100901

Gadis bogel tertangkap!


Akhirnya tertangkap jua. hah! tulah! bogel lagi. kan da kena tangkap. padan muka kau!

Arghhhhhhhhhh! ada la dalam seminggu kot. seminggu ke? aku dok terbayang baby ni. dem comel!! arghhhhhhhhh! pp dia. mata dia. gigit baju pulak! Ya Allah!! comel bebeno budak ni!!!

-oke aku tutup entry ni sebelum aku terus meroyan-

▷▷20100829

Jangan Engkau Kahwini wanita ini



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.