▷▷20100517

Siti nyanyi dengan Datuk K

(dari filem Ali Baba Bujang Lapok)

Datuk K:
Aiya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak susah sebab sudah tua
Uwang dan ringgit ana tak tak heran
Nanti kawin naik kuda tutup semua jalan

Siti:
Marilah Datuk, oi mari sayang
Ikutlah ana, Datuk jangan bimbang
Mata tak nampak, Siti tunjukkan jalan
Kaki melangkah, oi perlahan-lahan

Datuk K:
Atuk tak nak bimbang Atuk tak nak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Misai hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab

Siti:
Oh Datuk sayang, oi jangan susah
Habis kawin wang mas Siti upah
Marilah jalan, Datuk cepatlah cepat
Awas Tuk longkang oi kaki melompat

Datuk, jaga depan ada wartawan

Mana?
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompat Atuk lompat

Haiyaaaaaa..........


credit to: gelihati.blogspot.com


Cikgu Sesat

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.





credit to: gelihati.blogspot.com



Baik buruk ganti pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka. "Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..." "Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira. "Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."


credit to: gelihati.blogspot.com



Mimpi seorang isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...



credit to : gelihati.blogspot.com

▷▷20100516

Cara nak kuruskan badan

Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center untuk menguruskan badan.. seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,
"Kami menawarkan 2 program disini... RM 50 untuk versi 'biasa' dan RM100 untuk versi 'cepat'."

Mamat tu pon berkata, " Saya ingat yang biasalah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan." 

"Ok, Encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.

Perempuan tadi berkata," kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nak turun berat badan,.. memang berbaloi aku bayar RM 50 tadi" katanya seoarng diri.
www.familiazam.com
Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam, mamat tadi memilih untuk mencuba versi 'cepat' pula.

"Baiklah, Encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata " Saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat ... ... hehhehheee"



credit to: www.familiazam.com