▷▷20100420

LENCANA buatan sendiri. heheh

Nak beritahu 1 perkara best ni.

Aku dapat buat LENCANA sendiriiiii!!

Haha. Ni lah hasilnya. Tak lawa pun.


sekian mekasehhh. ;))




Header baru ku

Good Morninggggg Malaysia !

Yey! Akhirnya, bertukar jua header aku.
Punyalah lama header lama tu bertahan.
Bukan apa, aku ni, jenis cepat bosan.
Agaknya, mood edit mengedit ni, tak lahir lagi tahun 2010.
Akhirnya terlahir jugak malam tadi hingga buat aku mengantuk melampau!

MEMPERSEMBAHKAN..! Header terbaru aku!



Header ini terilham kerana, ketandusan idea aku untuk berbelog.
Da bape lama aku tak aktif berbelog ni. kesian belog aku tau!
Sehinggakan, belog ni da berusia setahun pun aku tak perasan.
Nah, amik kau header terbaru aku bertemakan KETANDUSAN IDEA UNTUK POST NEW ENTRY!

Untuk yang tak ingat pun macam mana rupa header lama aku, ni dia. ;))



Gerak-gerak lagi tu. masa ni tengah rajin sangat edit templates. huhu.
Okeylah, ini saja yang aku nak kongsikan. Semoga anda terpegun! Haha. ;p

▷▷20100415

Food Diary Ku Kini ..

Diari Pemakanan Ku ~

Sarapan - 630 AM :: 2 biji telur 3 suku masak + 600ml air suam
Tengahari - 1 PM @ 2 PM :: 2 ekor ikan goreng @ semangkuk sup ayam @ 1 setengah ketul ayam goreng + 6 gelas air suam
Petang @ Malam :: hanya air suam bergelas-gelas

hasilnya kini ; 3 hari diet :: 4kg sudah turun. BMI hampir kembali normal. mekasehhhh~

▷▷20100414

Terima kasih Cikgu Dietku

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku nak mulakan posting dgn penuh semangat
Harini, aku dapat satu ilham yang sangat berguna & membantu!
sila klik link atas utk membaca ilmu diet sihat!

aku dah pun mulakan. 4 hari, 4kg turun. alhamdulillah!
harini kantoiiii! pagi2 da mkn mihun goreng. tp sikittttt sgt!
air, air masak jelaaa! air favourite aku skang ni tau!

okey, ni gambar aku masa nak pergi KL 10 April 2010.
dan ini gambar penuh aku semasa di KLIA. sekian mekasihhh ~


soon, aku nk post gambar mungkin aku dah susut. ;))

▷▷20100330

Hina kan orang gemuk ni?

kenapa aku cakap macam tu?
sebabnya, seingat & sekuat memori aku, 3x aku dikutuk baekkk punya.
pertama, ada org cakap aku gemuk macam badak sumbu.
kedua, ada org cakap badan aku mcm tong air batu.
ketiga, terlatest, ada org cakap, muka aku mcm ikan buntal, tak comel langsung.

utk yang kali pertama dikutuk, aku menangis sekuat hatiku.
hanya faiz yang mendengar tangisan itu. tapi aku hanya menangis.
utk kali kedua, aku hanya tersenyum. dan terfikir, gemuk sangat ke aku ni?
bila kali ketiga, aku tersenyum. dan terfikir, betul jugak ek. tapi, tiba2 aku menangis.

kenapa? sebab, aku terfikir, apa ke hinanya menjadi orang yang gemok ni?
apakah aku ni pernah meminta-minta duit dari diorang utk aku makan?
adakah aku membuatkan mereka tak boleh tidur sebab tak cukup ruang utk tidur?

aku menangis semahu-mahunya. air mata ni meleleh dengan sendiri. tak henti-henti.
kenapa lah, aku gemok? kemudian di hina.
boleh tak aku beritahu mereka, yang aku ni manusia biasa?
ada hati dan perasaan? kenapa nak samakan dengan binatang?
kalau bergurau, boleh dipertimbangkan. tapi, ini bukan gurauan.

faiz tahu, aku terluka. dia jua yang pujuk aku.
dia cakap, ini cabaran utk aku.
sememangnya aku mahu turunkan berat badan.
tak apalah, tunggu lah. insyaAllah, aku berjaya sahut cabaran ni. ;))