▷▷20100702

Wajah baru page ni, KOT!

Assalamualaikummmmmmmmm! oke cukup ringkas entry kali ni. 

setelah penat mencari template yang sesuai, maka dengan ini secara rasminya, aku mengishtiharkan bahawa tade satu pun template yang berjaya mencuri hati aku!!

ini je kelainan yang aku bole buat! huh! mencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!


p/s: sila jangan pandang pompuan itu lama2. nanti lain jadinya. lalalalala. erk *nyorok*






▷▷20100630

Gua pitam tengok blog2 hodoh ni!

[ makcik jadi GUA ]


Peh peh! pitam jap. brbbb. oke bangun balik. kenapa gua pitam ni? oke oke. pagi2 gua masuk kapet. nyanyi2 bagai. nak hiburkan penghuni. malang, penghuni sume tido.


tape, gua rela nyanyi sorang dari gua denga orang join gua nyanyi terutama si AKMALHACKS tu. lalalala~ pecah gegendang gua tak hengat.


tiba-tiba tersumbat sorang makhluk, nama HYPERPLASMA.x erk. gua pelik disitu. harry kah? bukan kah? lantak. yang penting, dia sedekah 1 link. baekkkk punya.


gua kelik bagai. spotcek. peh peh. gua da mula kagum. budak melayu buat. oke. gua tahan gua punya napsu. gua jalan2 lagi dalam belog tu.


skali gua lompat dalam 1 page, berbunyi 8 Beautiful Blogger Blog Deign peh peh bunyi da syahdu kan. gua cek satu2 belog. salah satu belog yang tersenarai tu gua da biasa merangkak masuk. dari budak tu tak pemes smpai dia pemes skang. dia kreatip gua tak heran dia pemes cepat.


gua bukak 3 belog yang gua tengok, erk ni da LEBEH ni. gua tak puas hati kalo nampak belog orang lain lagi simple dari gua. erk, lalalala~



pertama gua bukak ni. gua nampak pemilik cm indon punya. tapi oke buat gua senyum. peh peh menu dia kat bawah. gua jakun di situ. cemana dia buat? gua suda mula nak selidik.


pastu gua bukak ni pulak. oke keje dia da buat gua punya mata luyu ni terbukak luas. peh peh. biyutipul bai! keje dia cantik. hasil dia menawan. kemas!! dan dan gua tengok membe dia panggil dia, PENGGILA SENI. oke, da paham. patut la.


pastuu tut tut gua bukak ni! oke mula-mula gua tengok biasa je. dok atas keta bagai. sapa pun bole buat. erk. tengok profile dia, oh budak seni. patut la. tak eran pun. skaliii gua scroll ke bawah. gua nampak gambar dia edit! peh!! pehh!! 1 je kuar dari mulut gua yang dari tadi sunyi berkunci, SMARTT GILAAAA!!! belog dia memang superb!

oke meh gua berterus terang. bab2 edit page ni, gua kurang hairan. sebab orang yang tawu pasal coding bagai ni, tawu la nak buat cemana kan. tapi bab2 edit gambar, gua memang kagum!

lagi2 orang yang pandai amik gambar. itu lagi satu. memang gua kagum! bukan senang k nak tarik pehatian orang dengan mengedit itu segala bagai. dia memang superb!

macam gua jatuh cinta dengan gua punya sayang tu kan, sebab dia pandai edit2 gambar ni. kreatip! dia suka cabaran! skang da jadi pemalas! asik ajar gua, pastu suh gua buat! gua bukan macam dia!! gua tak kreatip!!

kalo gua bole termenung tengok satu2 gambar tu, maknanya gua da kagum disitu. bila kua 'peh!' memang gua da kagum tahap da ta bole kagum lagi la tu! peh peh!

gua rasa nak usha je dua mamat tu! bukan nak buat laki bai. nak belajar. macam mana bole jadi sekreatip itu! tapi biasanya, BIASANYA!!!! orang cmni jarang nak kongsi ilmu. lalalala~ tapela, gua blaja sendiri je. 

tawu la gua nak buat apa. paling koman pun, gua buat tatau je. huh. oke sekian.

▷▷20100629

Jiran aku itu BANG NGANG!

Ohhh. mengapakah! oke pada suatu hari, erk. tadi la! tiba-tiba akak aku menjerit panggil aku.


"eca! mak a'u!" erk. ha???? a'u?? jatuh ke? darah aku da bederau. mak jatuh?


"mak jatuh??" aku tanya muka penuh persoalan. 


"MAK GADUH LA!!" erk. ooooo. mak gaduh! muka akak aku tak boleh blah. serius habis. bekerut memek muka dia. mati2 aku ingat mak jatuh. bukan pe, macam tu la muka dia masa bagitau arwah atok aku jatuh. hmm..


aku terus bangun tinggalkan laptop kejap. memang nampak mak aku gaduh. ingatkan gaduh dengan si jantan tu. rupanya, dengan bini jantan tu. lalala~


mula-mula aku datang mendamaikan la kan. bini jantan tu ada dalam rumah dia je. mak aku da merah padam muka dia marah-marah.


skali, tiba-tiba aku dengar betina tu menjerit sumpah seranah mak aku. ehhhhhhhh. aku apa lagi kan. tiba-tiba je darah aku yang tadi rilex berenang-renang ni, membuak2 naik ke kepala!


terus aku balas segala. habis semua yang tersimpan dalam jiwa ni, ku hemburkan. nak ikutkan, memang aku nak pegi mengadap muka betina tu, bagi sedas dua kan. tapi, mak aku amik giliran lak menenangkan aku.


hmm. kalo korang kat tempat aku, aku rasa korang akan buat mende yang sama. betina tu memang tak guna. tak kenang budi. kurang ajar! eh macam-macam la. menggigil jugak badan ini. lalalala~


hakikatnya, aku kalo tade jiran cmtu, aku memang tak kisah 200%!!

Mimpi aku itu...

Selamat tengaharii! erk. kali ni aku nak cite menarik ni. mimpi malam tadi ni. nak tawu aku mimpi apa? erk teka cuba teka. jeng jeng jeng!


oke mula-mula, aku mimpi aku ada dalam rumah arwah atok aku. pastu tengah sedap gosip sorang-sorang, erk sorang? ah lantak, aku tak nampak orang lain dalam mimpi tu, aku ternampak ular bapak gila besar keluar dari dalam bilik arwah atok aku.


erk. besau nyaaaaaaaaaaa!

dia keluar menyusurrrr terus keluar rumah. tak pedulikan langsung ada orang comel kat tepi dia. padahal aku da kecut tahap tak bole kecut masa tu. 


pastu tiba-tiba aku mengadu kat mak aku. hah! masa bila diorang muncul dalam mimpi aku pun aku tak tawu. mak aku cakap, hah! itu sebenanya arwah atok datang menyerupai ular sawa. erk!


pastu aku tiba-tiba ternampak arwah atok aku yang betul-betul punya ada dalam bilik dia. aku cuit-cuit mak aku, tunjuk ke arah arwah atok aku. mak aku terus panggil arwah atok aku. arwah datang terus berborak dengan kitorang. peh!


oke, aku tersedar dari mimpi! termenung kejap! kenapa mimpikan arwah ni? aku terus sedekahkan AL-FATIHAH pada arwah. sambung tido balik.


ni la arwah. kurus kan? tp dalam mimpi, memang gemuk gila!


nak tawu??? mimpi pun bersambung bai! kali ni, ada kat tingkat atas rumah arwah. tiba-tiba rumah tu penuh orang kampung. arwah muncul tiba-tiba, yang beshnya, atok sedara aku bole buat sujud syukur mengadap arwah sebab bersyukur dapat berjumpa arwah walau kejap je.


pastu suasana jadi hiba. sume nangis. nangis sebab happy arwah balik kejap jumpa sanak sedara. aku?? menangis gila-gila bai. rindu kat arwah la katakan! sambil nangis, sambil hidangkan air pada tamu-tamu. erk, terserlah keanakdaraan aku di situ!


pastu? aku cakap kat orang2 kampung tu, "atok kite gemuk kan? nampak gemuk betul" diorang sume mengiyakan. "agaknya kat 'sana' arwah senang hati, banyak makan". erk ternyata mimpi aku sudah merepek!


credit to: google


bila aku tersedar, aku termenung lama-lama. kenapa aku mimpikan arwah ni? arwah bole bercakap macam biasa dengan kitorang. padahal kitorang tawu arwah da meninggal. badan arwah pulak gemuk! tak macam arwah yang sebenar. dia kurusssssssssss sangat!


terus aku sedekahkan AL-FATIHAH pada arwah berkali-kali. moga-moga rohnya aman di sana. hmmm, masih tertanya, apa maksud mimpi ni??..

▷▷20100628

MAK! eca nak anak kembar MAK!!

Assalamualaikummmmmmmmmmmmm! hmm. tadi aku saje search gambar baby twin. erk, jumpa macam2 gambar. geramnya tengok. jom layannn




halolololololololololololo ~

hololololololololololololololololo ~


skang jugak aku nak kawen!!!

MAKKKK! ECA NAK ANAK KEMBAR MAKKKKK!!