▷▷20100608

Aku rasa akan diceraikan nanti

Sikit je aku nak bagitau
Aku rasa tak lama lagi aku akan diceraikan
Talak 18 ratus
Apa-apa aku redha je
Tade jodoh kot
Bye

▷▷20100607

Paklong & Makngah, harini kalian tinggalkan kami utk selamanya

Berikutan kisah PAKLONG aku yang sakit hari tu. baru je dapat berita, beliau sudah pun meninggal dunia. 


pukul 4 pagi, pagi tadi, MAKNGAH aku meninggal. petang pulak, PAKLONG aku. benarlah tanda-tanda kematian yang aku cakap tu.


hujung hidung layu pada muka PAKLONG aku, dan hujung ibu jari kaki MAKNGAH aku da layu tak terjongkit lagi.




3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



semoga kalian ditempatkan orang-orang yang beriman. :'((


AL-FATIHAH..



Pemergian Makngah, kami redha..

Salam Isnin buat kawan-kawan blogger dan silent reader sekalian. hmmm, aku nak maklumkan berikutan MAKNGAH aku yang dimasukkan ke ICU beberapa hari yang lepas.


Tepat jam 4 pagi, pagi tadi, MAKNGAH aku telah menghembuskan nafas terakhir. arwah memang da tenat sangat. aku tak dapat tengok. cuma anak-anak arwah yang berada di sisinya.


AL-FATIHAH buat ALLAHYARHAMAH TOMAH BINTI HJ TOHIR. moga makngah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. pemergianmu kami redha. damailah engkau di sana. AL-FATIHAH..


:'(((


▷▷20100606

Tengok orang kawen, teragak nak kawen. SANGAP daaa!

Selamat berbakti wahai pengantin-pengantin sekalian. KAHKAHKAH! aku bila tengok orang kawen, makin teragakkkkkk nak kawen. naik SANGAP dah huweyhhhh!


harini je, ada 4 buah rumah jemputan kenduri kawen. rumah pertama, aku makan. rumah kedua pun, aku makan. rumah ketiga?? aku minum je. heyyy, perot AKAK ni ada 2 bahagiann je. walau nampak SOMEL gitu kan KAHKAHKAH!


cik maisarah dengan makusunya yang suka pakai topeng. KAHKAH!




rumah ke empat terus tak turun. letih makkk! bila balik masuk chatting, alaaaahai. boringnya la haii. sume tadokk ka??


sume kua la babe. jadi tak lah aku aktif sangat kan. blur blur gitu. rasa macam nak edit mengedit lagi la. tatau nak edit page atauuuu edit gambar. KEHKEH! tengok mood la kang.


okey laaa. ni je la huweyhhh kisahnya. papaiii.


▷▷20100605

Tukar domain, BLOGLIST hilanggggg!

Haip! haip! yo yo! yeahhhhh. harini agak blur la kawan. mana taknya, malam tadi aku tido lambat. 


ni sume GENG WARUNGCHAT punya pasal. aja' aku SKYPE dok borak live dengan dorang, cite tuttt tettt KAHKAH memang klaka la diorang tuu boleh masuk palee!!


lagi-lagi si EMBUN tu sore nak mentenn je walhal apa yang dia cakap tu buat orang berdekah, aku ni pendiam, jadi dengar je, ketawa pum KIHKIHKIH je bunyinya sopan kan? kan?


yang si MERAK lak tukang tokok tambah cite aku lagi la berdekah dengar nak je sengkeh sorang-sorang KAHKAHKAH!


yang si MILO lak menten senyappp je sama dengan aku haihhh mana taknya dia kan LES aku nombor satu KAHKAHKAH mesti la nak kena serasi dengan aku kan!!


RAJA lak kejap timbul kejap tenggelam kejenya nak ngorat MILO yang dipanggilnya MILA! tapi tak dilayan berdekah aku mendengarnya. memang nak kena sengkeh dek bini musuk dia si MERAK tu KAHKAH!


sampai lah pukul 3 pagi, ada masalah teknikal, TERpaksa aku tidur KAHKAH! yang pagi tadi pulak, dok borak dengan KUBI si masham tu bersama dengan PAK DOLLAH. haihhh sangatlah malu sebab ON AIR kan.


macam-macam di soal abam KUBI, aku ni dahlah pemalu, tapi tape GUA LAYANNNN JE BABE! semalam dan harini aku dapat macam-macam ilmu yeahh baby yeahh i like!


dan dan satu lagiii aku dah tukar domainnnn!!


WWW.ECIZ.WARUNGCHAT.COM!! 


jeles tak?? jeles laa!! KAHKAH! tak usik satu mende pum kat posting tu, komen ke hape ke malah kotak FACEBOOK tu pun dia tak usik.


cuma, cuma, BLOGLIST aku dah CLEARRRRR!!! arghh! tolong kawan! sapa-sapa yang perasan nama dia ada dalam bloglist aku, tolong bagitawuu aku ek. aku nak isi semula. tenkiuuu!