▷▷20100428

Encik Ben, jelajah, jengah, tonton belog saya okeyy?

emsemnya! wow. hapa yg hemsem tuhh? tuuu, colour merunnn tu. huahuahua. korang kenal org dlm gmbr tu? tak kenall? aku lagii tak kenall. miahaha. okey okey. kang kecik ati pulak si ABANG BEN ASHAARI kita nii kang.
menurut sumber, beliau ni pemes? iye ke weyhh? pemes cmne tu? sbb dia slh seorg admin blogger ke? aku pun kurang pasti weyhh. tapi yg pasti, beliau ni sgt suka jelajah belog orgg. haihh. tak malu kn? tapi, tapi tapi! aku lagi tak malu nak SURUH beliau jelajah belog aku pulakk! huahua. walau pun belog aku cantik, sempurna, tapi tak apalah, aku suruh jugak beliau jengah. hekhek! membanggakan diri itu bagus okey? huahuahua. sumpah gurau je.

walau beliau baek hati & mulia, tapi beliau tetap letak syarat okeyy. bia manusia sekalian tuuu berdisiplin sikit. terutamanya aku! okey, ini syarat dan terma nya;

1- header beliau yg cun melecun tuu dia punya colour laa i likee!
2- dia suruh link kn ke entry dia. hello. akakk belum siap taip okeyy? sat gi naaa?
3- story sikit belog sendiri? haaa. banyak akakk bagi! hamek ko.
4- dari mana tahu segmen JELAJAH BELOG? dr encik zack-entry. tgk dari entry beliau la, haishhh, sapa pulak encik Ben ni? apa ke penting sangat ke kena jelajah? da baca baekkk punya, mcm besh. so, tiru! huahua.

kisah belog NISECA suka merapu;

- dilahirkan pada bulan Mac 2009. knp aku beranakkan belog ni? puncanya, aku nak nama aku di depan! paham? contoh; www.myspace.com/eca88 <-- see? nama aku di belakang! tak nakk!! nak kat dpn jugak! so, niseca1903.blogspot.com <-- nampak? kat depan kan? tu je sbbnya. heheh.
- da masuk tu, meluahkan la rasa. apa yang terpendam. mmg tak pernah terfikir nak suruh org baca. dan aku tatau pun ramai belogger di luar sana. sampai satu hari, kawan aku komen pd entry tu. huh! syok! terus aktiff!
- dah tu, try berjinak-jinak. nak edit-edit page, sbb mmg kesukaan aku edit page! bila dpt edit, lagi teruja!
ramai respon. kumpul kwn. tak ramai, tapi ada lah jugak. tapi seronok okeyy?
- soo, skang, da makin teruja berbelooggg!!
- entry aku? ikut mood. kadang2 bagi cite lawak bodo, kadang2 cite keinsafan, kadang2 luahan hati sendiri, kadang2 info. ikut mood laaa kan? tgk tangan nak menaip! tapi sayang, belog aku kurang famousnyaa!
- sbb? sbb aku ni selalu jadi silent reader. tak tinggal jejak. heheh, tapi skang anak-anak ye, aku dah mula menonjolkan diri. tinggalkan komen walaupun tak paham entry tu. tinggalkan link! serta follow! hah! baik tak? perubahan.. ;D

okey cik BEN, skang tiba giliran anda pula jelajah belog saya ini!! terima kasihhh. ;))




Laman Sosial yg selalu dilupakan

Haiiiii! ni haaa. bakal PM nak bercite nii. Fasal laman sosial yg aku joinn selama ni! Yg pertama ofkosss Myspace. dari tahun 2006 lagi aku da join &&& AKTIF! tapi, sejak ada FB dan belog, aku jarang online. nak tawuu sbb apa?? sbb rakan seperjuangan sume bertukar alih angin kus-kus-kus depa ke FB! habis tu?? takan aku nak tinggal sorang2 kat myspace ni vetul takkk? jadi, ni jela page the latest aku, asalnyaa! dulu aku selalu edit hokeyy! kasi cantik, cun melecun! sedih betull.

inilah rupa gayanya page aku di saat aku sangat rajin mengedit page myspace aku hokeyyy. bagi aku, cantik! ;D

ni pulak rupe FB hakuu. heyyy. sama la kan dengan u alll vunyee? tu haa. tgk senarai rakan2, tak ramai kan? sbb insan terpilih je boleyyy add aku iaitu seseorang yang aku kenalll je. ;)

haaa. yang ni pulakkk twitter aku. backgroud tu aku buat meniru dan menyerupai dan mencontohi twitter nur kasih masa tu. ikut size dia, dan aku buat! see? menjadi kan? i likeee! ni pun da jarang bukakk! ngehh.

so, kesimpulannya, inilah laman-laman sosial yang selalu aku tinggal-tinggalkan sejak aku aktif dengan belog yang dah lama jugak aku tinggalkan. huwaaa! bukan pe, i cepat bosan uu! okeyy tu je. babaiiii.

▷▷20100427

Pndangan pertama korang bila tgk gambar ni!

apa komen tentang pandangan pertama korang bila korang tgk gambar budak ni
(GROUP A)
1- MasyaAllah, lawanya budak ni!
2- Ya Allah! apa ke comel beno budak ni!
3- Hishhhhh! Mesti sopan budak ni kan? kan?
4- Alalalala, manjanyaaa dia!

atau?
(GROUP B)
1- Huihhhh! Gedik!
2- Apa hal? Amik gambar sndiri? Posing maut bagai?
3- Agak da tak nampak kamera kat mana? Nak jeling tmpt lain kononnn.
4- Dah takde keje lain? Berangan je!

Kalau da tanak, cakap!

Selamat Eveninggg! Yiihaa. waduh waduh. maghrib-maghrib da tunjuk aksi meroyan. huahua. ni ha, aku saje nak ngepost. boring dol. nak ngadu kat korang la weyhhhh. mcm ni, smlm aku jatuh longkang. jari aku luka, patut ke aku masuk hospital bahagian emergency kes? heyyyyy! jari ni aset penting jugakkk tawuu! nanti tak dpt masak sedap-sedap utk laki mcm mana? sapa nak jawab? nak urut badan laki. huh! aku merpu meraban ni kawan-kawan. tak lahhh. cerita td kisah pedoman hidup je. tipu semata-mata, miahahaha. lawak? takk.

Ni haaa. aku nak bgtau, harini aku tak keje. heyyy. kau ni eca, dokk cakap fasal kije. kau kije apa niii? kecoh hajee. aku kije kat warung milik sepupu aku yang tak lawa lagi menyampah perangai suka ngumpatt gossip artis malahan kucing beranak pun mauu digossipkan malas aku nak dengar tapi curi-curi dengar mana tawuu ngompat aku ke kan kang tak ampun dosa baru tawuuu. hah! okey okey. pagi-pagi buta ngantok bagai, amik hp, tanya sama adik sepupu itu, harini niaga ke takkk? bukan pe, da 3 hari cuti aku dok melengkooorr je kat rumah. apa tuu? tuuu laaa. yang tido mulut tenganga-nganga plus kaki belit-belit bantal terselit celah sambil air liur nyaris-nyaris terjunam keluar haihhh tak sinonoh betul anak dara siapa ituuu kah? dahh. dia balas, niaga. pastu, 2 3 jam pastu, si bosss tu hantar msg kat aku, tak payah dtg kije sbb dia buka sipaluhh halii je maaa. okey aku terima bcozz mood nak kije belum dtg. huahua.

Sekali tadi petang buta sbb aku baru bgn tido dari membuta, ??? apa ni?? ayat bebelit! okey, aku terus tanya sama kawan sekampung yang baik lagi hemsem bijak botak tua! huahua. terlajak, lupa nak sambung. miahahaaha. sempat mengata! kedai si polan tu buka lagi kee? dia kata buka! heyyy. da pukul 6 okeyyy? kata separuh hari jee? apa nii? main tipu-tipu pulakk! bedosa okeyy! fine! skang, apa maksud semua ni? dia tak mau amik aku kije lagi ke? helllo. aku kije, buat kije, bukan melengkorrr je. terima kasih! geramm ni. tak pe. esok aku nak tanya direct baekk punya. harini keje ke??? atau 'separuh hari' jugakk?? haaa! korang rasa aku berani ke hantar msg mcm tu? hello. hati aku kental masyaAllah okey. mestilah berani. tapi, dalam mimpi, mekaseh! sbb, alaa dia kan sepupu aku. jaga lah hati dia kan. da tua pulak tuu. kang bemusuh sedara pulak, susah, sapa susah? opkos la dia. tak dapat pekeja berwibawa mcm aku. miahahaha.

afasal gambar budak comel ni muncul tiba-tiba-tiba? motif? haihhh. saje nak tunjuk biji mata sebelah aku tu. cun tak? rambut serabai. badan montel. seluar pendek gilaaa. tapi tak perasan kan? sbb aku tau kenapa, sbb aku cantek la. miahahaha.

Dah dah! malas nak merapu banyak-banyak. terima kasih jela. hello boss. ingat aku kesah sangat ke tak kije tempat kau? tade nye lahhh. aku kije sbb nak hilangkan bosan duduk rumahhh. tu je. ada paham?? huh!
- long, ada masalah ke? kalau ada, cakap. jgn diam. eca tak suka mcm ni. nak buang, ckp. eca tak kisah. tima je. org da tanak. yela. da ada org baru kan. tak pyh ckp kat org kg, eca dmm. walhal along yg soh tak dtg kije. hmmm. nak sgt eca sakit?
( nampak tak ayat hati kental kepala batu jiwa konkrit ni? miahahaha ) sekian.

Andainya aku pergi dulu..

Good Morningggg Malaysia ! 1 Malaysia , kekasih didahulukan , keluarga diutamakan ! huahua. awatnya aku cakap gitu ? haihh. sekati laa. kuangkuangkuang. dah aku sayang depa, mesti masuk dalam senarai. huweee. hokey laa. di pagi yang ceria plus sejuk mejuk ni, aku nak ukir sedikit kisah-kisah sedih yang menyentuh hati konkrit aku ni haaa. fasal hapa? hemm. fasal kauu lahhh. huahua. bukan bukan! fasal arwah-arwah artis kita yang baru saja meninggalkan kita semua.

pertama, ofkosss ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI. kalian tau? baru tahun ni, aku berjinak pinak dengan Raja Lawak! dan serius, aku tak suka lawak diorang cam HAMPEH! tapi aku suka segala komen memen arwah ni. selamba, lawak dia sangat merapu. aku selalu tergelakkk la weyhh. lepas tu, Riuh Pagi di Era. okey, aku mengaku, aku bukanlah pendengar setia radio tersehebut. tapi, bila aku pegi keje, boss aku buka radio ituuu. makanya, dengar drama sebabak bersama arwah. sumpahh lawak dohh. aku memang gelak sorang-sorang kasi orang heran sama aku. huahua. bila dapat tahu, arwah dah tinggalkan kita, maka dengan ikhlasnya, aku sedihhhh! sumpah sedih doohh. terasa sangat pemergian arwah. da rasa macam hilang seorang teman main jongkang-jongkit masa kecik-kecik dulu. apatah lagi orang yang sememangnya rapat dengan arwah & anak bini arwah kan? KOMPOM sedih tak terkata dek lidahh. hadoii.

kehduaa, mestilahh ALLAHYARHAM ACHIK SPIN. mula-mula, tekezut je dengan berita arwah meninggal. okey, tak pk sangat. tiba-tiba hari ahad lepas, aku baca artikel kat Utusan Melayu bahagian Pancaindera muka surat tengah-tengah. ohhhh. aku baca luahan hati isteri arwahhh. nak tau? aku menangissss!! meleleh-leleleleh air mata aku ni. jiwa kental hati batu kepala konkrit ni pun boleh tersentuhh kak oiii. kesiannya kat dia. jiwa dah macam dirobek-robek bila dia mula rindukan arwah suami dia. ahhh. meremang bulu-bulu aku. nak sedih balik ni. sobb sobb. mana nak cari suami sebaik arwah suami dia kan? lagi-lagi kasih sayang yang dicurahkan, memang sepenuh jiwa arwah. hadoiii. aku bukan pe, aku terbayang, macam mana keadaan aku kalau-kalau-kalau orang yang PALING aku sayang, tinggalkan aku buat selamanya. gila? 98% mungkin tak! kehilangan semangat diri? 98% mungkin ya! apa-apa pun, takziah buat keluarga arwah, tabahkan hati okey? walau aku tawuu, hati dia masih lagi tersangat sedihhh. :(

ohhh mak abah & faiz! jaga dirimu sebaiknya sayang. andainya kalian pergi dulu, bawalah sekali cinta hati ini. tiada siapa dapat mengganti dirimu yang begitu membuatkan aku rasa sempurna. tapi, andainya aku yang pergi dulu, akan ku tinggalkan cinta hati ini bersama kalian. sesungguhnya, kasih & sayang ini hanya milik kalian. dan ramai lagi yang boleh menggantikan diri ini dalam hidup kalian. sobb sobb ..