▷▷20100424

Memang dasar pembohong

Dalam sebuah kampung yang tidak ternama, terdapat sebuah keluarga, di mana ahli keluarga ini tersangatlah suka berbohong dan tidak sekali pun bercakap benar. Suatu hari, si isteri meninggal dunia. Si ayah & si anak menjemput orang kampung untuk kenduri arwah tapi malangnya, tiada seorang pun yang percayakan mereka, lalu tidak menghadiri majlis tersebut. Ini kerana mereka semua agak, ahli keluarga ni mesti nak tipu mereka lagi. Si bapak pun berkata pada si anak.

Bapak: Nak, mulai harini bapak takan bohong orang lagi. Bapak nak tobat.
Anak: Ye la pak. Saya pun tak nak bohong lagi pada orang. Saya pun nak tobat jugak.
Bapak: Nak, bapak tak dapat hidup tanpa mak kamu. Bapak nak terjun kat sungai.
Anak: Saya pun nak terjun kat sungai jugak tapi lepas bapak ye.

Si bapak pun terjun ke dalam sungai. Setelah 3 minit berlalu si bapak keluar semula kerana tidak tahan sejuk.

Anak: Kenapa bapak lama sangat?
Bapak: Waktu dalam air, bapak nampak kedai kopi. Bapak lepak2 lah kat situ, minum2.


Anak: Ooo. tak apa lah. Saya pulak nak terjun.


Ketika si anak terjun, kepalanya terkena pada batu dan banyaklah darah mengalir. Si anak pun cepat2 keluar. Si bapak hairan melihat keadaan si anak.

Bapak: Nape kejap sangat kamu kat bawah tu? Kepala kamu pulak tu nape?
Anak: Itulah bapak, minum kopi tapi tak reti nak bayar. Tuan punya kedai kopi tu belasah saya pak.


..huh. kalau da memang kaki klepet tu, memang sampai bila2 la tak boleh ubah. huhu



3 perkataan omputih

Seorang guru menyuruh seorang budak bernama Mikael yang kurang pandai & kurang bijak tahap nenek dewa dewi mencari 3 perkataan dalam bahasa omputih [ bahasa inggeris ye kawan2 ]. Dalam perjalan pulang, tiba2 Mikael terdengar satu perkataan "shut up you girl" lalu Mikael bertanya kepada kakaknya.

Mikael: Kak, "shut up you girl" tu bahasa apa ?
Kakak: Bahasa omputih.

Mikael pun berjalan pulang. Kemudian dia ternampak satu perkataan yang tertulis "monkey" lalu Mikael pun bertanya lagi.

Mikael: Kak, "monkey" tu bahasa apa ?
Kakak: Bahasa omputih la .

Keesokannya semasa dia nak naik bas ke sekolah, dia terdengar pemandu bas tu berkata, "No, lady first". Mikael pun bertanya.

Mikael: "No, lady first" tu bahasa apa ?
Pemandu Bas: Bahasa omputih la, takan bahasa arab pulak.

Di sekolah..

Cikgu: Mikael, kamu dah cari 3 perkataan yang cikgu suruh?
Mikael: Shut up you girl.
Cikgu: Ha? Kamu ingat cikgu ni apa ?
Mikael: Monkey.
Cikgu: Pergi berdiri di luar kelas!!
Mikael: No, lady first.

-- sesungguhnya, sungguh tidak sopan menzalimi cikgu itu. hehe. kesian cikgu tu, jadi mangsa keTIDAKPANDAIan Mikael kan? kan?



Anda hebat? Lawanlah kuasa Allah !

"Jika korang ingin melakukan maksiat kepada Allah, Janganlah korang makan rezeki Allah"
huraiannya..


Kita ni hari-hari makan dan minum siapa yg bagi rezeki? Kalau orang kata kita ni manusia yang tak mengenang budi kita marah. Namun begitu kita masih lagi berbuat apa yg dilarang dan dibenci-Nya?



"Jika korang ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang tidak dilihat oleh Allah"
huraiannya..


Tau pulak malu buat maksiat depan orang tua, tok imam atau kengkawan yang ingat korang ni orang baik-baik. Tau pulak cari port takde siapa nampak bila nak buat benda tak senonoh tapi tau tak korang yang Tuhan nampak semua yang korang buat, tak kira kat mana korang berada waima dalam kubur sekalipun. Dah tu apa cerita? Apasal buat juga?


"Jika korang ingin melakukan maksiat, jangan menetap di bumi Allah"
huraiannya..


Kalau mak bapak halau kita dari rumah sebab kita ni jenis manusia yang tak kenang budi, boleh le korang bawak diri ke tempat lain dengan bongkaknya sbb dunia ni besar tapi kalau dengan Tuhan pun kita buat perangai tak senonoh, ada lagi ke tempat lain yang korang boleh berambus?


"Jika korang ingin melakukan maksiat, sila minta tangguh dari malaikat maut barang seminit dua dari mengambil nyawa korang"
huraiannya..

Adat le bila buat maksiat manusia mana ingat pada mati, seronok dengan hidup. Macam la kita tau umur kita panjang lagi, sempat tobat bila kederat dah tak kuat. Macam mana kalau malaikat maot datang mencabut nyawa masa korang tengah syok layan nafsu? Nak ke dia tunggu korang selesai dulu?


"Apabila malaikat munkar dan nakir menyoal korang, lawanlah dia jika korang mampu"
huraiannya..


Kat dunia kita terkenal dengan mulut laser, mulut nuklear, apa orang kata kita nak lawan. Sampai takde siapa berani tegur kejahatan yang korang lakukan tapi kat dalam kubur nanti mampu ke kita tunjuk terer bila diinterview oleh malaikat munkar & nakir? Agak-agak diorng takut ke dengan kehebatan mulut korang yang lancang dan kuat mencarut tu?


"Jika Allah mengarahkan kepada korang supaya masuk neraka Allah, jangan patuhi perintahnya"
huraiannya..


Kat dunia memang korang boleh tunjuk keras kepala, semua arahan korang berani lawan sampaikan perintah Tuhan pun korang lawan sebab Tuhan tu korang tak nampak. Jadi lagi le senang nak tunjuk lagak. Namun kat akhirat nanti boleh ke korang lawan bila diperintah masuk neraka? Jika korang tak mampu berbuat demikian, kenapa korang boleh berterusan menderhaka dan memaksiati Allah?

Belog baru .

Assalamualaikum..

Akhirnya. siap jugak belog baru aku ni.
Template je bertukar.
Dan beberapa style yg telah ditukar.
Marilah jengah2 selalu belog aku.
Dan tinggalkan komen anda tentang wajah baru belog saya ni ye~ ;)

▷▷20100422

Imbau kenangan lalu..

B, rindu la yang. lama doh kite tak jumpa ni.
Nak gelak2 ngn syg. nak dgr awk buat lawak bodo.
Nak tgk awk buat aksi menyakitkan hati.
Jumpa pun, kadang2 kite gado kn yang?
Tapi itu kenangan tau! Imissu hubby.

Ingat tak masa kita pergi melaka aitu?
Ada cidot, kak yan pun ikut sekali.
Dalam keta, kite gadoh je kan?
Smpai cidot cakap,
" Kalau aku naik ngn akk aku, aku tgk dia gadoh dgn laki dia"
" Naik dengan korang pun, korang gadoh jugak !"

Saya ketawa, awk tak kan? sbb hati awk tgh sakit.
Kenapa hati awk sakit?
sbb saya sakitkan hati awk la.
Mana taknya, saya suruh awk drive, sbb kepala saya dah sakit.
Awk ckp tu alasan je, so awk tak nak drive.
Awk dok senang lenang je kt sebelah.
Saya geram, sepanjang jalan, saya drive 60km/j! haha. hamek ko!

Saya dgr dengusan geram awk.
Saya puas hati sgt2!!
Awk membebel, awk ckp,
" kalo mcm ni, smpai bila pun tak sampai "
" benti kat depan, bia aku bawak! "
Saya buat tatau je.
Dlm hati saya, tersenyum lebarrrrr!!

Dah sampai melaka, saya tak tegur awk, awk pun sama.
Saya drive lagi. kali ni, agak blur. saya suruh cidot tnjuk jln.
Bila cidot da blur, saya terus jerit kuat2,
"da tau sume tengah bingung, cakap la jalan kat mana! diam buat apa!!"
Awk terus ckp, jalan ke depan.
Awk tnjuk jalan. saya drive je. tiba2, jalan tu kena tutup.
Saya dah blur. saya terus turun.
Saya suruh awk drive. saya ckp,
" ni sume ko punya pasal! "
Awk balas,
" ko pehal pulak??!! ko tu yg degil! kepala batu! "
Awk, sakitnya hati saya masa tuuuu!!

Pusing pnya pusing, last2 dpt parking.
Kita benti kat dataran pahlawan je.
Masa keluar keta, cidot ngn kak yan dah blah dulu.
Saya keluar lmbat sbb nak amik kunci keta & lock keta tu.
Awk cakap tak reti. pastu saya jeling awk.
Saya nak blah, awk tarik tangan saya, awk senyum.
Awk ckp, " sorry sayang.. "
Saya terus senyum. tak ada bantahan. hehe

Pastu kita terus okey kan sayang?
Pergaduhan kita berlaku dlm keta je.
Selalu mcm tu kan syg?
Awk belanja saya mcm2 baju.
Saya suka sgt2!
Belanja KFC. heheh!
Kenyang cidot ngn kak yan!
Tapi kesian kak yan kan?
Kaki dia melecet. tapi sikit pun dia tak merungut.
alahai kakakku..!

Bila teringat balik, klaka la wak.
Awk selalu mengalah.
Tu yg saya sayang awk sgt2!
Tapi skg pun, saya ada mengalah kn? kn?
Saya rindu awk la.
Mlm tadi tak dpt gayot, awk bz sgt.
Kesian kat awk, lately, awk tidur tak cukup!
Penat je manjang.
Tak apalah, demi masa depan kan wak?
Awk cakap, masa depan kita. ;))

Saya sayangggg awk! Saya rinduuuuu awk!!